v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gong Xiaoting, Komposer Muda China

2007-06-07 11:12:34 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan karya irama piano ciptaan Gong Xiaoting, komposer muda China. Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Drama untuk Kanak-kanak". Irama lagu ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu "Unta yang Bersuka-suka", "Tarian Tangan" dan "Menjinakkan Kuda". Komposer irama lagu ini melihat dunia yang penuh berwarna-warni ini dari sudut pandangan kanak-kanak.

Gong Xiaoting ialah komposer muda yang aktif dalam arena muzik China. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga muzik dan mempelajari muzik dengan ayahnya, komposer terkenal China, Gong Yaonian. Pada tahun 1988, Gong Xiaoting memasuki Konservatori Muzik Pusat China dan mempelajari bidang penggubahan lagu daripada Du Mingxin dan Xu Zhenmin, seorang profesor terkenal. Pada tahun 1995, beliau menamatkan pengajian di peringkat sarjana dan menjadi pensyarah di konservatori tersebut.

Topik karya ciptaan Gong Xiaoting sangat luas, kandungan karya ciptaannya juga pelbagai jenis. Seterusnya, marilah kita nikmati irama lagu yang bertajuk "Irama Impian". Komposer lagu ini mendapat ilham untuk mencipta lagu apabila mendengar bunyi hujan di luar jendela pada malam hari dan mengingati bait-bait puisi Li Qingzhao, penyair wanita terkenal China pada abad ke-12, lalu beliau menyepadukan rasa sedih dalam irama lagu ini.

Sejak tahun 1990-an, Gong Xiaoting telah kerap kali memperoleh anugerah sama ada dari dalam mahupun luar negara. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati irama lagu yang berjauk "Dan Cai Wu Zhen".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |