v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Suara Harmoni

2007-06-21 17:27:01 CRI

Baru-baru ini, penyanyi China dan Switzerland telah mengadakan konsert yang bertajuk "Suara Harmoni" di Beijing. Persembahan menarik daripada para penyanyi telah menyediakan hidangan kesenian kepada para penonton. Dalam ruangan hari ini, saya akan menyiarkan sebahagian daripada program konsert tersebut.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu pembukaan konsert itu yang bertajuk "Terbanglah, Burung Merpati". Lagu itu memperlihatkan harapan rakyat China yang menyukai kedamaian dan keharmonian.

Konsert "Suara Harmoni" dianjurkan oleh Yayasan Kebudayaan dan Kesenian Belia dan Kanak-kanak China dan merupakan aktiviti kebajikan besar-besaran. Pihak penganjur berharap agar dapat mendorong persahabatan antara rakyat kedua-dua negara tersebut.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah "Datangnya Musim Bunga" yang dinyanyikan oleh penyanyi Switzerland. Lagu ini menggambarkan pemandangan indah musim bunga dan perasaan orang yang gembira.

Berikutnya silalah nikmati lagu yang bertajuk "Arirang".

Donadini Lorenza ialah penyanyi wanita terkenal Switzerland, manakala Marc Lewon dilahirkan dalam keluarga muzik. Mereka telah bekerjasama dan kerap kali mengadakan persembahan di pelbagai negara di Eropah serta diminati ramai. Seterusnya marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Sumber Bintang".

Seterusnya marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Saya Menyanyikan Lagu untuk Cinta". Irama lagu yang merdu ini telah menyanjung tinggi akan cinta, topik kekal abadi bagi manusia.

Berikutnya silalah nikmati sebuah lagu rakyat Xinjiang China. Lagu ini memperlihatkan rasa cinta pemuda terhadap gadis yang jelita.

Empat penyanyi Switzerland menyertai kumpulan nyanyian iaitu "Perlars" yang merupakan perkataan Itali yang bermaksud bunga-bunga dan buah-buahan di mana-mana. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Bunga-bunga".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |