v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Memohon Restu untuk Hong Kong

2007-07-03 09:12:45 CRI

Pada 1 Julai tahun 1997, bendera merah lima bintang yang membawa kebanggaan dan impian 1.3 bilion orang rakyat China itu mula berkibar-kibar di udara Hong Kong. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu sejak kembali ke pangkuan tanah air, Hong Kong telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang dalam pelbagai bidang. Selain itu, pelaksanaan dasar "Satu Negara Dua Sistem" bukan sahaja telah memakmurkan masyarakat Hong Kong, bahkan juga telah menjadikan masyarakat itu lebih stabil dan harmoni. Lagu "Memohon Restu untuk Hong Kong" ingin kami hadiahkan kepada saudara setanah air dari Hong Kong. Semoga prospek Hong Kong akan lebih cemerlang. Lagu ini disembahkan oleh Jiangtao dan Zhu Sha, penyanyi yang disukai oleh orang ramai di Tanah Besar.

Proses perkembangan Hong Kong sarat dengan kesukaran. Kini, dengan usaha sama kerajaan dan rakyat China, masyarakat Hong Kong telah berkembang menjadi lebih indah dan makmur. Stadium dan rumah sains yang berteknologi tinggi di Hong Kong telah menakjubkan orang ramai. Taman Disney tempatan merupakan satu destinasi yang amat diminati dalam kalangan kanak-kanak. Pelabuhan Victoria yang indah dan Causeway Bay yang sibuk telah menjadi syurga kehidupan dan pelancongan orang ramai. Hal tersebut telah mengumpulkan kebanggaan rakyat China. Lagu "Pewaris Naga" dinyanyikan oleh Lee Hom, seorang penyanyi terkenal dari Taiwan China. Lagu itu telah menggambarkan kebanggaan setiap orang rakyat China yang dianggap sebagai keturunan naga.

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, pertukaran kebudayaan antara Hong Kong dengan Tanah Besar China semakin ditingkatkan. Ekonomi Hong Kong sedang berkembang dengan stabil. Dengan sokongan kerajaan pusat, Hong Kong telah berjaya mengatasi krisis kewangan Asia dan serangan wabak SARS, dan telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat kewangan, perdagangan serta pengangkutan udara dan perkapalan antarabangsa. Kini, masyarakat Hong Kong amat stabil dan teratur. Lagu "Mutiara di Timur" dinyanyikan oleh pemuzik dari Taiwan China iaitu Lotayu. Semoga Hong Kong dapat berkembang dengan lebih sihat dan stabil pada masa akan datang.

Lagu "Orang China" dinyanyikan oleh Andy Lau, seorang penyanyi tersohor dari Hong Kong. Lagu ini telah menggambarkan kebanggaan setiap rakyat China serta keyakinan mereka terhadap prospek Hong Kong pada masa akan datang.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Memohon Restu untuk Hong Kong"

II "Pewaris Naga"

III "Pewaris Naga"

IV "Orang China"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |