v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Baru Shi Wenbin yang Bertajuk "Mod C"

2007-07-17 12:36:12 CRI

Pada tahun 2004, penyanyi dari Tanah Besar China iaitu Shi Wenbin telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "BENC". Dengan imejnya yang tampan dan teknik kawalan suaranya yang mantap, Shi Wenbin telah mendapat sanjungan tinggi daripada pemuzik-pemuzik yang terkenal di Tanah Besar. Dengan lagu "Helo Angel" yang menduduki tempat teratas dalam pelbagai senarai carta lagu pop paling cemerlang di China, beliau telah memenangi semua "Anugerah Bintang Baru Paling Cemerlang" pada masa itu. Pada Februari tahun ini, beliau telah melancarkan album keduanya yang bertajuk "Mod C". Dalam ruangan hari ini, kami akan perkenalkan album itu kepada saudara.

Lagu "Tarian Berpasangan Fantastik" menggambarkan satu babak fantastik yang dibayangkan oleh penyanyi yakni menari dengan malaikat dalam impiannya di dunia yang penuh fantasi.

Album "Mod C" mengandungi 11 buah lagu dan antaranya 9 buah dicipta oleh Shi Wenbin sendiri. Walaupun penciptaan album itu memakan masa sepanjang dua tahun, tetapi Shi Wenbin amat berpuas hati akan proses itu. Beliau yakin bahawa menerusi album itu, kemajuan yang dicapainya akan disedari oleh peminatnya.

Perasaan sederhana merupakan satu perasaan yang sentiasa dikejar oleh Shi Wenbin dalam bidang penciptaan lagu. Dengan irama dan lirik lagu ini yang sederhana, lagu "Janji pada Buaian" telah mendapat gema kuat daripada para pendengar.

Dari segi irama lagu, album "Mod C" lebih sempurna berbanding dengan album pertama Shi Wenbin iaitu "BENC". Selain lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan yang telah menjadi kebiasaan bagi beliau, album itu juga melibatkan pelbagai irama lain yang antaranya termasuk Hip-Hop dan lagu tarian yang berentak rancak, Bossanova yang romantis dan sebagainya. Lagu-lagu tersebut telah membawa perasaan yang berlainan kepada para pendengar. Lagu berirama Hip-Hop yang bertajuk "Lagu Perang" berkisar tentang percintaan fantastik yang berlaku dalam dunia permainan.

Menurut Shi Wenbin, beliau menetapkan nama album keduanya sebagai "Mod C" kerana nada C merupakan satu nada yang paling disukainya. Hal itu juga telah memperlihatkan keghairahannya terhadap seni muzik. Lagu "Kau dan Aku" berkisar tentang cinta romantis yang berlaku dalam kalangan muda-mudi.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Tarian Berpasangan Fantastik"

II "Janji pada Buaian"

III "Lagu Perang"

IV "Kau dan Aku"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |