v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Qu Bi A Wu dan Lagu-lagunya

2007-06-28 13:25:29 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu nyanyian Qu Bi A Wu, penyanyi etnik Yi China.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati satu lagu nyanyian Qu Bi A Wu yang bercirikan etnik Yi yang bertajuk "Memainkan Alat Muzik Yueqin". Etnik Yi ialah sejenis salah satu etnik minoriti yang tinggal di bahagian barat daya China dan bersejarah lama. Yueqin ialah alat muzik tradisional etnik tersebut dan mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan penduduk etnik Yi. Lagu yang amat merdu ini mengutarakan perasaan etnik Yi terhadap kampung halaman dan cinta.

Lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Memainkan Alat Muzik Yueqin". Qu Bi A Wu dilahirkan dalam sebuah keluarga etnik Yi di provinsi Sichuan, bahagian barat daya China. Semasa berusia lima tahun, beliau telah belajar memainkan alat muzik dan menyanyikan lagu rakyat daripada ayahnya. Semasa berusia 13 tahun, beliau diterima oleh kumpulan kesenian tempatan dan memulakan karier keseniannya. Dalam tempoh beberapa tahun, beliau telah kerap kali menyertai persembahan kesenian provinsi Sichuan dan memperoleh anugerah persembahan terbaik. Selepas itu, beliau ditukarkan untuk menyertai kumpulan kesenian provinsi daripada kaunti dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Konservaroti Muzik Tianjin. Selepas tamat daripada konservatori tersebut pada tahun 1982, Qu Bi A Wu menjadi penyanyi solo dalam Kumpulan Nyanyian dan Tarian Etnik Pusat China.

Berikutnya, silahlah nikmati lagu nyanyian Qu Bi A Wu yang bertajuk "Syurga di Bumi". Lagu ini merupakan lagu etnik Yi yang dicipta oleh "Yi Ren Zhi Zao", kumpulan nyanyian muzik pop etnik minoriti yang terkenal. Lagu ini memperlihatkan muzik kampung yang mempesonakan saudara.

Lagu yang saudara nikmati tadi ialah "Syurga di Bumi". Seterusnya, marilah kita nikmati lagu nyanyian Qu Bi A Wu yang bertajuk "Persahabatan yang Akrab". Lagu ini merupakan lagu lama yang popular di China pada tahun 1950-an. Lagu ini memperlihatkan persahabatan yang akrab antara penduduk etnik Yi dengan etnik Han.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |