Lao Lang ialah seorang penyanyi yang tersohor di Tanah Besar China. Pada Februari tahun ini, beliau yang sudah empat tahun tidak melancarkan karya baru itu telah melancarkan album ketiganya yang bertajuk "Musim Sejuk di Beijing". Album itu telah dijayakan dengan usaha sama pemuzik-pemuzik yang terkenal di Tanah Besar China. Lagu "Musim Sejuk di Beijing" ialah lagu utama album itu yang bertajuk "Musim Sejuk di Beijing". Lagu ini ialah sebuah lagu yang dinyanyikan semula oleh Lao Lang dengan gayanya sendiri. Dengan suara nyanyiannya yang istimewa, perasaan sepi dan pilu yang ditunjukkan oleh penyanyi asal telah dikurangkan dalam versi baru, sebaliknya versi baru ini lebih memperlihatkan ketenangan jiwa seseorang selepas mengimbas kembali perkara-perkara yang berlaku pada masa dahulu. Selain itu, kepelbagaian unsur muzik dalam versi baru juga telah meningkatkan populariti lagu ini.
Menurut Lao Lang, pemilihan senarai lagu untuk album barunya memang merumitkan beliau kerana terdapat terlalu banyak karya yang cemerlang. Melalui beberapa kali perbincangan, akhirnya, beliau telah memilih 10 buah lagu yang paling cemerlang untuk dirakamkan yang antaranya termasuk "Musim Sejuk di Beijing", "Tidak Dapat Melarikan Diri", "Khayalan Burung Kecil" dan sebagainya.
Lagu "Tidak Dapat Melarikan Diri" pernah dinyanyikan oleh Ye Pei, seorang penyanyi wanita yang ternama di Tanah Besar China. Ketika menyanyikan lagu itu, Ye Pei baru mula menceburkan diri dalam bidang seni muzik, maka teknik kawalan suaranya masih kurang sempurna. Namun begitu, lagu itu tetap telah memberikan kesan yang mendalam kepada golongan muda-mudi. Kini, dengan suara nyanyian Lao Lang yang penuh dengan perasaan pilu, lagu yang dinyanyikan semula itu tetap amat merdu.
Dari segi irama lagu, selain senandung yang merupakan gaya utama nyanyian Lao Lang, album "Musim Sejuk di Beijing" juga melibatkan pelbagai irama lain yang antaranya termasuk Rock, Bossanova, Raggae, Blues dan sebagainya. Lagu-lagu tersebut telah membawa perasaan yang berlainan kepada para pendengar. Lagu "Begitu Mencintaimu" ialah sebuah lagu berirama Bossanova. Dengan iramanya yang lancar dan merdu, liriknya yang sederhana serta suara nyanyian Lao Lang yang penuh dengan perasaan, lagu itu dapat menenangkan hati para pendengar.
Lagu-lagu dalam album baru Lao Lang telah mengharukan hati ramai peminat. Lagu "Khayalan Burung Kecil" ialah sebuah lagu berirama Raggae. Lagu itu telah memperlihatkan keinginan orang ramai untuk mengejar impian dan kebebasan masing-masing.
Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini
I "Musim Sejuk di Beijing"
II "Tidak Dapat Melarikan Diri"
III "Begitu Mencintaimu"
IV "Khayalan Burung Kecil"
|