v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Muzik 12 Gadis

2007-07-05 11:34:55 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan kumpulan permainan muzik rakyat China, iaitu kumpulan muzik 12 gadis.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati irama lagu yang bertajuk "Keajaiban". Lagu itu menggabungkan pelbagai bentuk muzik seperti muzik simfoni, irama gong dan dram dalam Opera Peking, muzik rakyat China dan irama muzik pop barat. Permainan kumpulan muzik 12 gadis telah memperlihatkan golongan muda yang bersemangat.

Kumpulan Muzik 12 Gadis mula dibentuk pada tahun 2001. Anggota kumpulan tersebut berasal daripada konservatori muzik dan kumpulan persembahan yang terkenal di China. Kesemua anggota kumpulan tersebut telah memperoleh anugerah dalam pertandingan alat muzik dari dalam dan luar negara dan merupakan pemain profesional muzik rakyat yang baik.

Kumpulan muzik tersebut menggabungkan gaya muzik tradisional China dengan gaya muzik pop barat, maka ini menjadikannya amat istimewa. Para pemuzik yang jelita dan efek pentas yang menarik telah menjadi tarikan ramai pemuda.

Seterusnya silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Bunga-bunga dan pemuda". Irama lagu ini ialah lagu rakyat yang popular di bahagian barat laut China. Irama yang saudara nikmati sekarang telah digubah semula berdasarkan irama lagu rakyat itu.

Kumpulan muzik 12 gadis telah menggabungkan pelbagai jenis alat muzik tradisional China yang istimewa, antaranya termasuklah gu zheng, pi pa, erhu, seruling buluh, yang qin, dan juga menggabungkan alat muzik etnik minoriti China yang kurang diketahui oleh orang awam seperti du xian qin dan tu liang. Permainan mereka menggabungkan muzik rakyat tradisional China dengan unsur muzik Latin, Jazz, Rock, Hip-hop dan lain-lain, kesannya terhasillah sejenis bentuk muzik yang mempunyai suasana moden yang baru dan juga ciri-ciri muzik timur yang menonjol.

Berikutnya silalah nikmati irama lagu yang bertajuk "Wu Pai".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |