v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Nyanyian "Daya Penarik"

2007-07-12 10:28:18 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan kumpulan nyanyian "Daya Penarik" dan lagu-lagu rakyat Xinjiang yang dinyanyikannya.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu rakyat Xinjiang yang dinyanyikan oleh "Daya Penarik" yang bertajuk "Segelas Wain". Dalam lagu yang merdu ini, cinta telah digambarkan sebagai segelas wain yang lazat. Dalam lagu ini dinyatakan bahawa "Cintaku seperti segelas wain. Kekasihku, silalah terima cintaku."

Kumpulan nyanyian "Daya Penarik" ditubuhkan pada awal tahun 1990-an dan merupakan salah satu kumpulan nyanyian terbaik di China. Kumpulan nyanyian itu terdiri daripada tiga orang gadis iaitu Wang Yingzi, Fan Zhuqing dan Dou Ying. Ketiga-tiga penyanyi itu telah menerima pendidikan muzik yang baik sejak kecil dan mempunyai kebolehan menyanyi yang hebat. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah aktif dalam arena seni suara dan telah menjadi sasaran pelbagai syarikat rakaman. Seterusnya, silalah nikmati lagu rakyat Xinjiang yang bertajuk "Menangglkan Tudung Kepalamu". Lagu ini memuji-muji gadis etnik Uygur yang jelita.

Antara ciri kumpulan nyanyian "Daya Penarik" iaitu menggabungkan lagu rakyat dengan lagu popular. Lagu nyanyian mereka amat menarik dan diminati ramai. Berikutnya silalah nikmati lagu rakyat etnik Uygur yang bertajuk "Lagu Pemuda". Lagu ini mengutarakan bahawa golongan muda seharusnya menghargai masa dan menghadapi kehidupan dengan positif dan optimis.

Saudara pendengar, sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu rakyat etnik Kazak Xinjiang yang dinyanyikan oleh kumpulan nyanyian "Daya Penarik" yang bertajuk "Setangkai Bunga Mawar". Lagu ini ialah sebuah lagu cinta yang terkenal. Dalam lagu itu, gadis yang jelita telah diibaratkan sebagai bunga mawar. Lagu ini mengutarakan rasa cinta pemuda terhadap kekasihnya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |