v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemuzik Xiao Ke dan Lagu-Lagu Ciptaannya

2007-07-31 14:57:35 CRI

Penyanyi dari Tanah Besar China, Xiao Ke merupakan seorang pemuzik yang amat mahir mencipta lagu. Beliau menceritakan dan melepaskan perasaan dalam hatinya melalui muzik, dan juga menggunakan muzik untuk menyenangkan setiap jiwa yang sepi.

Xiao Ke dilahirkan dalam sebuah keluarga muzik. Di bawah pengaruh ibu bapa, bakatnya dalam bidang seni telah diperlihatkan sejak kecil. Ketika berumur 10 tahun, Xiao Ke mula mempelajari piano. Semasa di sekolah menengah atas pula, beliau mula mempelajari gitar. Dengan itu, minatnya terhadap muzik pop telah mula lahir secara beransur-ansur. Pada tahun 1990 ketika berumur 19 tahun, Xiao Ke telah menubuhkan sebuah kumpulan pancaragam dan mula mencuba untuk mencipta lagu. Pada tahun itu, sebuah karya ciptaannya sendiri telah memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan nyanyian kalangan pelajar sekolah menengah "Piala Heping" bandar Beijing. Kemudian beliau telah diterima untuk melanjutkan pelajaran oleh fakulti muzik Universiti Perguruan Ibu Negara di Beijing tanpa peperiksaan.

Selepas tamat pengajiannya di universiti itu, Xiao Ke telah menjadi seorang guru muzik di sekolah menengah. Pada waktu lapang, beliau telah menyanyikan lagu-lagu ciptaannya sendiri di pub dan hotel. Atas bakatnya yang serba boleh dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu, beliau telah mempunyai sekumpulan peminat yang amat setia pada masa itu. Justeru dalam tempoh itu, gaya lagu-lagu ciptaannya yang istimewa yakni menggabungkan unsur jaz, Blues, klasik dan pop juga telah dibentuk.

Pada tahun 1994, Xiao Ke telah berkenalan dengan Gao Xiaosong, seorang pemuzik yang dianggap sebagai "pengasas lagu kampus China" dan mula bekerjasama dengan beliau. Pada tahun 1995, Xiao Ke telah menghentikan kerjanya sebagai seorang guru untuk menceburkan diri dalam arena seni suara, dan telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Datang dan Pergi" pada penghujung tahun itu. Lagu "Pergi Denganmu" ialah sebuah lagu bergaya jaz. Dengan irama ciptaannya yang penuh dengan estetika serta suara nyanyian Xiao Ke yang penuh dengan perasaan, lagu ini telah menambat hati ramai peminat.

Pada tahun 1998, Xiao Ke telah melancarkan album keduanya yang bertajuk "Hari Sudah Malam". Album itu telah memperlihatkan kemampuan Xiao Ke dalam menggabungkan muzik klasik dengan muzik pop. Seterusnya silalah nikmati sebuah lagu daripada album itu yang bertajuk "Masa Lampau". Melalui permainan alat muzik tali dan piano, lagu itu dipenuhi dengan perasaan pilu.

Bermula pada tahun 1999, Xiao Ke telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang dalam kerjayanya. Pada tahun 2000, beliau telah melancarkan sebuah album baru yang bertajuk "Hari". Semua lagu dalam album itu merupakan lagu utama drama bersiri televisyen. Dalam proses penciptaan muzik untuk drama bersiri televisyen tersebut, kemampuan Xiao Ke yang luar biasa dalam bidang penciptaan lagu telah disedari oleh peminatnya. Beliau telah meningkatkan fungsi muzik dalam mengisahkan suatu peristiwa dan telah mencipta suasana yang paling bersesuaian dengan perkembangan plot cerita berkenaan.

Pada penghujung tahun 2002, Xiao Ke telah melancarkan sebuah album lagu cinta romantis yang bertajuk "Xiao Ke pada Tahun 2002". Untuk mencipta album itu, Xiao Ke telah mencuba untuk menggabungkan muzik elektronik dengan muzik yang dipenuhi nilai estetik. Berikutnya, silalah nikmati sebuah lagu bergaya Bossanova yang bertajuk "Balet".

Pada tahun 2003, Xiao Ke telah mengalami satu kemalangan jalan raya yang serius. Pengalaman itu membuatkan Xiao Ke insaf dan mendapat fahaman baru terhadap kehidupan yakni "tidak ada sebarang benda yang lebih penting daripada nyawa". Beliau ingin menggalakkan setiap orang yang sedang berada dalam kesukaran supaya bersikap optimis dan berani untuk menangani kesukaran itu.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita sama-sama menikmati lagu "Tunggumu Cintaku" yang dicipta oleh Xiao Ke. Lagu yang dinyanyikan semula oleh Xiao Ke itu pernah dinyanyikan oleh Chen Ming, seorang penyanyi wanita tersohor di Tanah Besar.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Pergi Denganmu"

II "Masa Lampau"

III "Balet"

IV "Tunggumu Cintaku"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |