v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Dear Fiona" dan Lain-Lain

2007-08-07 16:10:32 CRI

Penyanyi pop dari Hong Kong China, Xue Kaiqi atau juga dikenali sebagai Fiona Sit mula menceburkan diri dalam arena seni suara pada tahun 2004. Dua tahun selepas itu, beliau telah melancarkan album ketiganya yang bertajuk "Malaikat Elektrik". Dalam album itu, Xue Kaiqi telah mengubah imejnya yang sebelum ini sentiasa berpakaian sederhana, tetapi kini mula bertukar kepada pakaian skirt berwarna hitam.

Lagu "Untuk Aku pada 10 Tahun Akan Datang" ialah sebuah lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan. Menerusi satu dialog rekaan yang berlaku pada 10 tahun akan datang, lagu ini telah menggambarkan perenungan kembali yang dilakukan oleh seseorang dalam proses pertumbuhannya.

Berbanding dengan album kedua, kemajuan yang dicapai oleh Xue Kaiqi dalam bidang teknik kawalan suara telah diperlihatkan dalam album ketiganya. Selain imej baru yang telah mempesonakan mata peminatnya, lagu-lagu dalam album barunya yang melibatkan pelbagai irama yang antaranya termasuk muzik elektronik, rock, lagu tarian dan R&B itu juga telah mengejutkan para pendengar. Menerusi lagu "Dear Fiona", akan kedengaran suara nyanyian Xue Kaiqi yang penuh dengan keghairahan apabila diiringi dengan permainan dram dan gitar.

Penyanyi tersohor dari Hong Kong China, Fang Lishen atau juga dikenali sebagai Alex Fong merupakan seorang bintang renang yang ternama sebelum memasuki arena seni suara. Dengan teknik renangnya yang mantap dan imejnya yang tampan, beliau telah memenangi reputasi sebagai "putera ikan terbang". Dengan sokongan padu daripada peminatnya di dunia renang serta teknik nyanyiannya yang mantap, beliau telah diterima oleh Syarikat Rakaman Zhengdong Hong Kong untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang nyanyian. Pada tahun 2001, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Fang Li Shen". Dengan album itu, beliau telah memenangi banyak Anugerah Bintang Baru Paling Cemerlang pada masa itu. Dengan gaya nyanyiannya yang istimewa serta ketabahannya untuk mengejar kemajuan dalam kerjaya, beliau telah mempunyai sekumpulan peminat yang amat setia.

Pada Januari tahun ini, Fang Lishen telah melancarkan sebuah album baru yang bertajuk "Berdekatan Denganmu". Album itu telah dijayakan dengan usaha sama pemuzik-pemuzik yang terkenal dari Hong Kong. Album itu yang mengandungi 11 buah lagu itu berkisar tentang beberapa cerita cinta yang sentimental. Dengan suara nyanyian Fang Lishen yang penuh dengan perasaan, lagu-lagu tersebut telah mengharukan hati ramai peminat.

Lagu lagu utama album itu yang bertajuk "Berdekatan Denganmu". Lagu ini berkisar tentang cinta rahsia seseorang terhadap kekasih impiannya.

Dengan suara nyanyinya yang istimewa serta gayanya yang mesra penonton, Fang Lishen telah memikat hati ramai peminat. Lagu "Antara Tenang dengan Ghairah" dipersembahkan oleh Fang Lishen dengan dua orang penyanyi wanita tersohor dari Hong Kong iaitu Deng Lixin dan Fu Ying.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Untuk Aku pada 10 Tahun Akan Datang"

II "Dear Fiona"

III "Berdekatan Denganmu"

IV "Antara Tenang dengan Ghairah"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |