v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Xi Xiulan, Penyanyi Wanita Terkenal Hong Kong China

2007-07-19 17:03:54 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan beberapa lagu rakyat yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita terkenal Hong Kong China, Xi Xiulan. Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu rakyat Jiangsu yang bertajuk "Bunga Melur". Lagu yang merdu ini menyatakan pujian orang ramai terhadap bunga melur.

Lagu yang saudara nikmati tadi ialah lagu rakyat Jiangsu "Bunga Melur" yang dinyanyikan oleh Xi Xiulan.

Xi Xiulan dilahirkan di provinsi Anhui di bahagian timur China pada tahun 1950. Tempat itu ialah kampung halaman lagu dan drama rakyat terkenal di China. Kesenian rakyat yang sederhana telah menyentuh hati Xi Xiulan dan juga menyediakan asas yang kukuh bagi beliau untuk menyanyikan lagu. Semasa berusia 10 tahun, keluarga Xi Xiulan telah berpindah ke Hong Kong. Dalam sebuah pertandingan nyanyian amatur yang diadakan pada tahun 1968, Xi Xiulan telah berjaya menarik perhatian yang luas dan memulakan kariernya sebagai seorang seniwati. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu rakyat Taiwan China yang bertajuk "Gadis Pegunungan Alishan". Lagu yang merdu ini memuji-muji pemandangan yang indah dan rakyat yang rajin di Taiwan, dan juga menyatakan rasa cinta terhadap kampung halaman. Xi Xiulan telah menyanyikan lagu ini dalam persembahan malam gala Tahun Baru China CCTV pada tahun 1984. Dengan demikian, beliau telah menjadi salah seorang penyanyi Hong Kong yang paling awal diminati oleh ramai penonton di Tanah Besar China.

Xi Xiulan pandai menyanyikan lagu rakyat China dalam pelbagai bentuk. Suaranya amat merdu dan istimewa. Baik menyanyikan lagu rakyat yang memuji-muji pemandangan indah tanah air, mahupun menyanyikan lagu rakyat yang menggambarkan cinta antara sepasang kekasih, beliau dapat memperlihatkan dunia rakyat yang berbeza-beza. Seterusnya, silalah nikmati lagu rakyat Guangxi yang bertajuk "Tahukah Atau Tidak". Lagu ini memperlihatkan rasa rindu antara kekasih.

Dalam tempoh 40 tahun yang lalu, Xi Xiulan telah melancarkan banyak album lagu rakyat China. Beliau juga mengadakan konsert di Hong Kong dan Beijing. Xi Xiulan juga akan mengadakan konsert di Shanghai pada bulan Julai tahun ini dan akan menyanyikan lebih 40 buah lagu kepada peminat. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu nyanyiannya yang bertajuk "Memetik Pinang". Lagu ini merupakan lagu rakyat tradisional yang popular di provinsi Hunan China. Lagu ini menggambarkan keadaan pemuda tempatan memetik pinang pada musim panas. .

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |