v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Irama Harmoni, Konsert Irama Lagu Erhu

2007-07-26 13:49:15 CRI

Konsert irama lagu Erhu terkenal yang bertajuk "Irama Harmoni" telah diadakan di Beijing baru-baru ini. Seramai lebih 20 orang pemain Erhu China yang terkenal seperti Min Huifen, An Ruli, Liu Changfu, Song Fei dan lain-lain telah menghadiri konsert itu dan menghidangkan irama lagu Erhu yang merdu. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan sebahagaian daripada persembahan dalam konsert itu.

Irama lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Liang Zhu" yang dimainkan oleh Zhu Changyao.

Pemain Eehu Terkenal, Zhu Changyao

Zhu Changyao ialah pemain Erhu terkenal China. Beliau mula memainkan alat muzik tersebut semasa berusia 7 tahun. Beliau telah kerap kali menyertai pelbagai persembahan sejak kecil.

"Liang Shanbo dan Zhu Yingtai" merupakan konserto violin yang digubah oleh pemuzik terkenal China, He Zhanhao dan Chen Gang pada tahun 1959. Irama lagu tersebut digubah berdasarkan legenda rakyat China pada dahulu kala yang bertajuk "Liang Shanbo dan Zhu Yingtai" yang menceritakan kisah cinta yang memilukan hati.

Irama lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Liang Zhu". Seterusnya silalah nikmati irama lagu "Semut" yang dimainkan oleh Liu Guangyu.

Pemain Erhu, Liu Guangyu

Liu Guangyu dilahirkan di Chongqing, bahagian barat daya China. Beliau mula mempelajari seni opera semasa berusia 13 tahun dan beralih kepada mempelajari permainan Erhu semasa berusia 17 tahun. Beliau berguru kepada pemain Erhu terkenal dan mencapai kejayaan dalam tempoh yang singkat. Pada masa ini, beliau telah menjadi pemain Erhu yang terkenal di China. Irama lagu yang bertajuk "Semut" ini bersadurkan daripada puisi berima untuk kanak-kanak di kawasan Chongqing yang menggambarkan semangat semut yang bersatu padu untuk mengatasi kesukaran.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |