v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Baru Huang Zheng yang Bertajuk "Tidak Akan Melepaskanmu"

2007-08-14 10:56:57 CRI

Sejak kecil lagi, Huang Zheng amat berminat akan seni muzik dan mula mempelajari selo, piano dan teknik nyanyian. Selepas menamatkan pengajian daripada fakulti seni Universtiti Perguruan Beijing, beliau telah menubuhkan sebuah kumpulan pancaragam dan mula mencipta lagu. Setelah bertugas sebagai seorang pencipta muzik di Syarikat Rakaman Sony pada tahun 1998, Huang Zheng telah mencipta banyak karya unggul bagi penyanyi-penyanyi tersohor di Tanah Besar. Berkat minatnya terhadap nyanyian, bermula pada tahun 2001, beliau mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan telah melancarkan 4 buah album yang masing-masing bertajuk "Waktu Subuh", "Cinta di Normandy", "Berperang Seorang Diri" dan "Tidak Akan Melepaskanmu".

Penciptaan album "Tidak Akan Melepaskanmu" telah memakan masa sepanjang dua tahun dan telah dilancarkan pada Mac tahun ini. Album yang mengandungi 12 buah lagu cinta itu telah menggambarkan kelemahan dan kelembutan golongan lelaki matang yang tidak disedari. Lagu "Tidak Akan Melepaskanmu" ialah lagu utama album itu. Lagu ini telah mencerminkan perasaan serba salah seseorang lelaki selepas berlaku curang terhadap kekasihnya.

Untuk mengumpulkan bahan-bahan muzik dan mencari ilham bagi mencipta lagu-lagu dalam album baru "Tidak Akan Melepaskanmu", Huang Zheng telah berpindah ke beberapa bandar untuk mengamalkan gaya hidup yang berbeza-beza. Dengan irama ciptaannya yang mudah diikuti serta suara nyanyiannya yang sederhana, lagu-lagu dalam album itu boleh menenangkan hati para pendengar. Seterusnya, silalah nikmati sebuah lagu cinta dengan unsur humor yang bertajuk "Kata-Kata Cinta".

Untuk menyempurnakan album barunya itu, Huang Zheng telah mempelawa pemuzik terkenal dari Singapura dan Malaysia iaitu Eric Huang dan Wesley Tan untuk sama-sama menjayakan album itu. Berikutnya, kami akan hidangkan sebuah lagu yang bertajuk "Bayangan Bulan". Dengan irama ciptaannya yang mudah diikuti dan dipenuhi dengan gaya kecinaan, lagu itu telah mencerminkan kerinduan golongan yang mencari rezeki di tempat jauh terhadap kampung halaman mereka.

Dengan bakatnya yang serba boleh dalam nyanyian dan penciptaan lagu, imejnya yang sihat dan tampan serta minatnya yang meluas, Huang Zheng telah menjadi seorang penyanyi pop yang pandai mencipta lagu yang paling cemerlang di arena seni suara China. Pada waktu lapang, beliau selalu melancong ke pelbagai tempat untuk mengecapi gaya hidup yang berbeza-beza. Pengalamannya itu telah mendatangkan ilham kepada beliau untuk mencipta lagu. Sebagai hidang terakhir, marilah kita sama-sama menikmati sebuah lagu yang bertajuk "Aku Suka". Lagu itu telah menggambarkan perasaan penyanyi ini ketika melancong.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Tidak Akan Melepaskanmu"

II "Kata-Kata Cinta"

III "Bayangan Bulan"

IV "Aku Suka"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |