v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Sayap Malaikat" dan Lain-Lain

2007-08-21 15:16:09 CRI

An Hu merupakan salah seorang pengacara rancangan hiburan yang paling cemerlang di Tanah Besar China. Dengan imej dan gaya pengacaraannya yang mesra penonton, beliau amat diminati oleh orang ramai. Pada Januari tahun ini, An Hu mula menceburkan diri dalam arena seni suara dan melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Sayap Malaikat" .

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu ketika bertugas sebagai seorang pengacara, An Hu tidak pernah menghentikan cita-citanya terhadap seni muzik. Pada waktu lapang, beliau selalu menyanyi di pub, mencipta lagu untuk penyanyi lain, dan juga melancarkan lagu dengan modalnya sendiri. Boleh dikatakan bahawa pelancaran album "Sayap Malaikat" agak sarat dengan kesukaran, tetapi berkat ketabahannya untuk mengejar impiannya dalam bidang seni muzik, An Hu telah berjaya mengatasi kesukaran tersebut.

Lagu "Sayap Malaikat" ialah lagu utama album terbaru An Hu. Lagu ini mengisahkan cinta pertama yang romantis.

Album "Sayap Malaikat" melibatkan pelbagai irama. Selain lagu cinta "Sayap Malaikat" yang saudara nikmati tadi, album itu juga mengandungi beberapa lagu lain dengan tema yang berbeza-beza, antaranya termasuk lagu "Sahabatku" yang mengisahkan persahabatan antara teman-teman, lagu "Layang-Layang" dan "Kapten" dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan, lagu "Menjadi Dewasa" dengan unsur galakan, lagu "Dua Ekor Lebah Kecil" dengan unsur jenaka dan lain-lain. Dengan daya fahamannya yang hebat terhadap seni muzik serta suara nyanyiannya yang sederhana, An Hu telah memikat hati ramai peminat. Seterusnya, silalah nikmati sebuah lagu yang bertajuk "Kapten". Menerusi lagu ini, membolehkan saudara berasa seolah-seolah sedang belayar di laut yang luas.

Penyanyi dari Tanah Besar China, Man Wen Jun telah menceburi arena seni suara selama 11 tahun. Dengan imejnya yang mesra penonton serta teknik kawalan suaranya yang mantap, beliau telah menjadi salah seorang penyanyi yang paling cemerlang di Tanah Besar. Tidak lama dahulu, Man Wen Jun telah melancarkan sebuah lagu baru yang bertajuk "Bebaskan Fikiranmu". Lagu yang berentak rancak ini telah memberikan perasaan yang berlainan kepada para pendengar.

Sebagai hidangan terakhir, kami akan perkenalkan lagu "China Town" atau "Pekan Cina" dalam bahasa Melayu yang dinyanyikan oleh Chen Qian Qian, seorang penyanyi wanita ternama di Tanah Besar China. China Town merupakan tempat berkumpulnya orang Cina dan perantau China di seberang laut. Lagu itu justeru telah menggambarkan kerinduan golongan tersebut terhadap kampung halaman mereka kerana terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Sayap Malaikat"

II "Kapten"

III "Bebaskan Fikiranmu"

IV "China Town"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |