v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Baru Celest yang Bertajuk "Mengecap Kebahagiaan"

2007-08-28 10:43:07 CRI

Setelah meninggalkan arena seni suara selama dua tahun, penyanyi wanita berketurunan Cina yang ternama dari Singapura, Celest Chong telah melancarkan sebuah album baru yang bertajuk "Mengecap Kebahagiaan".

Sebagai seorang bintang popular yang serba boleh, Celest Chong bukan sahaja merupakan seorang penyanyi yang unggul, bahkan juga telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang di dunia peragawati serta filem dan drama bersiri TV. Sebelum menceburi arena seni suara, beliau telah bertugas sebagai peragawati utama bagi beberapa jenama pakaian terkenal di rantau Asia Tenggara. Selain itu, beliau juga telah berlakon dalam 9 buah drama bersiri TV. Dengan teknik lakonannya yang mantap, beliau telah memikat hati ramai peminat. Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah sebuah lagu daripada album terbaru Celest yang bertajuk "Jenama Terburuk". Walaupun golongan wanita merupakan pengejar pelbagai jenama, tetapi jika sesuatu jenama amat buruk, mereka akan menghentikan pengejaran terhadap jenama itu dengan segera. Lagu ini justeru telah menggambarkan kebebasan dan kemajuan diri golongan wanita.

Melalui album "Mengecap Kebahagiaan" kedengaran suara nyanyian Celest telah menjadi lebih menarik dan teknik kawalan suaranya juga lebih mantap. Dengan suara nyanyiannya yang begitu merdu, membolehkan para pendengar yang memiliki cinta dapat mengecap kebahagiaan. Lagu "Mengecap Kebahagiaan" telah menggambarkan kebahagiaan yang tidak terhingga bagi golongan wanita ketika bercinta. Ditambah dengan permainan gitar Flamenco di tengah-tengah lagu ini, membolehkan lagu ini meriangkan hati para pendengar.

Menerusi lagu "Mengecap Kebahagiaan" memperlihatkan gaya Celest yang mempesonakan secara menyeluruh. Lagu "Hari Krismas" berkisar tentang sebuah cinta tulus ikhlas yang berlaku pada masa dahulu dan telah menggambarkan kelemahan dan kesensitifan Celest ketika bercinta. Dengan suara nyanyian Celest yang begitu berperasaan menjadikan lagu ini dipenuhi dengan kepiluan.

Pelancaran album Celest sentiasa boleh mendapat sokongan padu daripada pemuzik-pemuzik terkenal di dunia lagu pop. Untuk menjayakan album terbaru "Mengecap Kebahagiaan", pemuzik tersohor dari Taiwan China, Lin Ming Yang atau juga dikenali sebagai Benjamin Lin telah mencipta tiga buah lagu untuk Celest yang masing-masing bertajuk "Berjumpa Lagi, Sayangku", "Terbang" dan "Jalan Raya Cinta". Antaranya lagu "Terbang" paling diminati oleh peminat Celest. Dengan lirik yang seindah puisi dan dipenuhi dengan nilai estetik serta suara nyanyian Celest yang penuh dengan gaya kecinaan, lagu ini telah menambat hati ramai peminat.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Jenama Terburuk"

II "Mengecap Kebahagiaan"

III "Hari Krismas"

IV "Terbang"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |