v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Han Hong dan Lagu-Lagu Nyanyiannya

2007-09-04 11:29:11 CRI

Penyanyi wanita etnik Tibet, Han Hong merupakan seorang penyanyi yang mahir mencipta lagu di dunia lagu pop China. Dengan suara nyanyiannya yang merdu dan gaya ciptaannya yang istimewa, beliau telah memikat hati ramai peminat.

Han Hong dilahirkan di bandar Changdu, Wilayah Autonomi Etnik Tibet China. Ibunya merupakan seorang penyanyi etnik Tibet yang tersohor. Sebagai mewarisi bakat ibunya, Han Hong telah menunjukkan minatnya terhadap seni muzik sejak kecil. Ketika berumur 14 tahun, beliau telah meraih hadiah dalam satu pertandingan seni suara peringkat negara. Selepas itu, beliau telah diterima oleh sebuah institut seni profesional untuk mempelajari seni suara, dan mula mencuba untuk mencipta lagu. Pada tahun 1995, sebagai seorang siswa, beliau telah meraih pingat gangsa dalam pertandingan muzik TV anjuran Stesen TV Pusat China (CCTV) dengan sebuah lagu bergaya etnik Tibet yang bertajuk "Himalayan". Lagu ini telah menyebabkan Han Hong menjadi terkenal di arena seni suara China. Kemudian, beliau telah melancarkan sejumlah lagu ciptaannya sendiri yang termasuk "Sinar Daerah Salji", "Kampung Halaman", "Keindahan Dalam Angin dan Hujan" dan lain-lain. Lagu tersebut amat digemari oleh para pendengar.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Himalayan". Dengan lirik yang sederhana dan irama yang mudah diikuti, lagu ini telah menggambarkan kecintaan rakyat etnik Tibet terhadap kampung halaman mereka.

Dengan nada suara nyanyiannya yang tinggi, terang dan merdu serta teknik kawalan suaranya yang mantap, Han Hong telah membentuk gaya nyanyiannya yang tersendiri. Beliau bukan sahaja merupakan seorang bintang yang pandai menyanyi, bahkan juga merupakan seorang penyanyi yang mahir mencipta lagu. Sebelum merakamkan album pertamanya pada tahun 1998, beliau telah mencipta lagu untuk ramai penyanyi yang ternama di China, dan juga kerap kali meraih hadiah dalam pertandingan mencitpa lagu peringkat negara. Dengan lirik ciptaannya yang sederhana dan irama ciptaannya yang menggabungkan unsur muzik etnik dengan muzik pop, menjadikan karya-karya ciptaan Han Hong dipenuhi ciri-ciri semasa dan etnik.

Lagu "Kampung Halaman" ialah sebuah lagu ciptaan Han Hong sendiri. Sebagai seorang penyanyi etnik Tibet, Han Hong menyatakan bahawa kecintaannya terhadap Tibet merupakan punca yang mendorong beliau terus menyanyi untuk Tibet. Dalam matanya, Tibet ialah kampung halaman yang tercinta. Setiap kali teringat akan Tibet, beliau akan mengingatiteh mentega, arak barli, gunung tinggi dan kampung halaman yang tercinta. Justeru, beliau akan menyanyi untuk kampung halamannya buat selama-lamanya.

Sebagai seorang penyanyi wanita, Han Hong tidak memiliki wajah yang cantik. Sebab itulah beliau telah beberapa kali gagal dalam pertandingan nyanyian. Akan tetapi, Han Hong tidak pernah menghentikan cita-citanya terhadap seni muzik. Atas bakatnya dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu, beliau berjaya memperoleh pengiktirafan daripada para tokoh profesional dan pendengar. Mengimbas kembali perjalanan kerjayanya yang penuh berliku, Han Hong ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala yang diberikan oleh kehidupan. Beliau amat menghargai hari-hari susahnya yang telah membuatkan beliau menjadi lebih tabah. Seterusnya silalah nikmati sebuah lagu yang bertajuk "Dataran Tinggi Qinghai-Tibet".

Akhir sekali, kami akan hidangkan lagu "Laluan Syurga" yang dinyanyikan oleh Han Hong. "Laluan Syurga" di sini merujuk kepada landasan kereta api Qinghai-Tibet yang merupakan landasan kereta api dataran tinggi yang altitudnya tertinggi dan terpanjang di dunia. Lagu ini telah mencerminkan pujian rakyat China terhadap pembina landasan itu.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Himalayan"

II "Kampung Halaman"

III "Dataran Tinggi Qinghai-Tibet"

IV "Laluan Syurga"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |