v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Terkini Sun Ho Yang Bertajuk "Pelukan"

2007-09-11 09:40:08 CRI

Sun Ho merupakan seoranng penyanyi wanita berketurunan Cina yang terkenal dari Singapura. Baru-baru ini, beliau telah melancarkan sebuah album baru yang bertajuk "Pelukan".

Album "Pelukan" merupakan album ke-6 yang dilancarkan oleh Sun pada Ogos tahun ini. Lagu "Seperti Aku" yang saudara nikmati sekarang dicipta oleh Sun sendiri. Menerusi lagu ini, beliau ingin berkongsi perasaan dan pemahamannya terhadap kehidupan dengan para pendengar.

Album "Pelukan" telah dijayakan dengan usaha sama pemuzik-pemuzik tersohor dari Taiwan China. Album itu melibatkan pelbagai gaya muzik, antaranya termasuk lagu "Pelukan", "Senyuman Musim Bunga" dan "Menjadi Puterimu" yang merupakan lagu cinta romantis, lagu "Menjadi Kekasihku" yang berirama rock, lagu "Muzik dalam Kehidupanku" yang merupakan sebuah lagu tarian berentak rancak dan lain-lain. Seterusnya, silalah nikmati lagu utama album terkini Sun yang bertajuk "Senyuman Musim Bunga". Dengan suara nyanyian Sun yang lembut, lagu ini boleh membantu saudara yang sedang mengalami kepahitan melawan perasaan kesedihan dan kemurungan. Beliau berharap agar suara nyanyiannya dapat membangkitkan keyakinan para pendengar bagi melupakan segala hal yang tidak menggembirakan dalam mengejar kehidupan yang baru.

Tidak lama selepas album "Pelukan" dilancarkan, dua buah lagu utama album itu yang bertajuk "Senyuman Musim Bunga" dan "Pelukan" telah menduduki tempat teratas dalam Senarai Carta Lagu Bahasa Mandarin Paling Cemerlang Sedunia. Kedua-dua lagu tersebut juga telah mendapat pengiktirafan yang meluas daripada para peminat dan pengacara rancangan muzik pop pelbagai stesen radio di Tanah Besar China.

Lagu "Pelukan" dicipta oleh seorang pemuzik ternama dari Republik Korea. Menerusi lagu ini, Sun ingin menggalakkan para pendengar supaya merebut setiap peluang untuk memberi pelukan yang tulus ikhlas kepada golongan orang yang dicintai. Dengan suara nyanyian Sun yang merdu serta gaya lagu cinta Republik Korea yang istimewa, lagu ini boleh menenangkan hati para pendengar.

Untuk mempromosikan album baru, Sun telah mengubah imejnya yang sebelum ini sentiasa berpakaian sederhana, tetapi kini mula bertukar kepada gaun dengan taburan bunga halus yang berwarna putih susu. Dengan itu, gaya muziknya yang mesra alam dan kehidupan telah diperlihatkan dengan menyeluruh. Sebagai hidangan terakhir, kami akan hidangkan sebuah lagu yang bertajuk "Menjadi Kekasihku". Dengan irama yang menggembirakan, lagu ini boleh menggerakkan hati para pendengar supaya menari mengikut alunan irama lagu ini.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Seperti Aku"

II "Senyuman Musim Bunga"

III "Pelukan"

IV "Menjadi Kekasihku"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |