v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu yang Dinyanyikan oleh Li Jinyi

2007-08-23 09:32:22 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu-lagu asing yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita China, Li Jinyi. Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Gadis Penjual Bunga".

Lagu ini merupakan lagu runut bunyi filem Republik Rakyat Demokratik Korea yang diminati oleh ramai penonton China pada tahun 1970-an. Nasib keluarga gadis yang menjual bunga itu menarik perhatian penonton. Kisah yang memilukan hati dan irama lagu yang merdu telah menjadikan filem tersebut sebagai sesuatu yang klasik.

Pada asalnya, Li Jinyi bernama Li Xiaoyan. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga pemuzik di provinsi Anhui di selatan China. Beliau dihargai oleh ramai pemuzik di dalam dan luar negara kerana kebolehannya yang luar biasa dalam bidang muzik semasa memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi. Pada tahun 1993, Li Jinyi telah mengenali pemuzik terkenal China iaitu Wang Xiaojing, di Beijing. Dengan bantuan Wang Xiaojing, beliau berjaya merakamkan sebuah lagu yang bertajuk "Musim Mengejar Cinta". Pada bulan Ogos tahun 1994, beliau telah menandatangani kontrak dengan Syarikat Rakaman Hongtai Beijing. Manakala, pada bulan Mei tahun 1995, beliau mula melancarkan album pertamanya. Seterusnya, marilah kita nikmati lagu rakyat Myanmar yang bertajuk "Burung Camar".

Selepas itu, Li Jinyi turut menandatangani kontrak dengan dua syarikat rakaman dan juga mencuba untuk membuat perubahan dalam gaya nyanyiannya. Pada tahun 2005, beliau menandatangani kontrak dengan Syarikat Kebudayaan Tianchang Shengyang Beijing secara rasmi, lalu melancarkan album nostalgia yang pertama pada bulan Jun tahun 2006 yang bertajuk "Gadis Penjual Bunga". Album itu memuatkan 11 buah lagu asing klasik dan dua lagu ciptaan tempatan. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu Jepun yang dinyanyikan oleh Li Jinyi yang bertajuk "Empat Musim".

Sebagai hidangan terakhir, silalah nikmati lagu rakyat Itali yang dinyanyikan oleh Li Jinyi yang bertajuk "Berjumpa Lagi, Temanku". Dalam edisi nyanyian Li Jinyi. Ciri-ciri lagu rakyat itu telah dikekalkan dengan sempurna. 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |