v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Wanita, Li Jinyi

2007-08-30 16:25:52 CRI

Dalam ruangan kali ini, saya akan terus perkenalkan lagu-lagu asing yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita China, Li Jinyi. Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu rakyat Yugoslavia yang bertajuk "Laut yang Mendalam". Lagu ini menggambarkan seorang gadis yang ditinggalkan oleh kekasihnya telah menghadap ke laut bagi mengutarakan perasaan dalam hatinya.

Li Jinyi telah memasuki arena lagu pada tahun 1990-an. Suaranya yang merdu menjadikannya penyanyi wanita yang terbaik di Tanah Besar China. Akan tetapi, disebabkan syarikat rakamannya, nama Li Jinyi telah tenggalam di arena lagu. Pada tahun 2005, Li Jinyi menandatangi kontrak dengan Syarikat Kebudayaan Tianchang Shengyang dan melancarkan album nostalgia pertamanya yang bertajuk "Gadis Penjual Bunga" pada bulan Jun tahun 2006. Lagu yang saudara nikmati tadi yang bertajuk "Laut yang Mendalam" ialah salah satu lagu dalam album tersebut.

Album "Gadis Penjual Bunga" ialah album pertama Li Jinyi. Kebanyakan lagu dalam album itu ialah lagu rakyat Itali, Myanmar, Bekas Kesatuan Soviet dan lagu runut bunyi filem A.S. dan Republik Rakyat Demokratik Korea. Berikutnya, silalah nikmati lagu rakyat Argentina yang bertajuk "Anayi". Anayi ialah pahlawan rakyat Argentina. Dalam masa pemerintahan kolonial Spanyol, penduduk tempatan suku kaum Indian Argentina telah mengadakan pemberontakan. Dalam satu pertempuran, seorang ketua suku kaum Indiana itu telah terbunuh. Anak perempuannya telah mengambil alih bagi memimpin pertempuran itu. Akhirnya, beliau juga ditangkap. Penjajah mengikatnya pada sebatang pokok bombax ceiba dan membakarnya. Anayi terbunuh dalam kebakaran itu. Serentak dengan itu, bombax ceiba berbunga merah menejut. Sejak masa itu, bombax ceiba telah menjadi simbol semangat rakyat Argentina.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu rakyat Scotland yang bertajuk "Persahabatan yang Kekal Abadi". Terdapat sebuah adat resam di Scotland iaitu sebelum berpisah, orang Scotland akan menyanyikan lagu ini sebagai memuji persahabatan yang berharga dan menyampaikan rasa rindu mereka. Lagu ini telah menjadi popular dan terkenal di seluruh dunia. Marilah kita nikmati bersama-sama.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |