v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Pertama Kumpulan Pancaragam Kafeina Yang Bertajuk "Taman Kafeina"

2007-09-18 14:58:36 CRI

Salam sejahtera, saudara pendengar. Selamat mengikuti ruangan Rentak Suka Ramai kali ini. Dalam ruangan hari ini, kami akan perkenalkan album pertama kumpulan pancaragam Kafeina yang bertajuk "Taman Kafeina".

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Mimpi". Dengan irama dan lirik yang romantis, lagu ini berkisar tentang kisah cinta yang manis yang berlaku dalam mimpi.

Kumpulan Pancaragam Kafeina yang ditubuhkan pada September tahun 2004 itu terdiri daripada empat orang ahli. Selain pemain gitar yang merupakan satu-satunya orang China, penyanyi utama, pemain bes dan dram kumpulan pancaragam itu berasal dari Jepun. Penyanyi utama wanita kumpulan pancaragam itu yang bernama Sayu mempunyai suara nyanyian yang istimewa. Dengan imejnya yang comel, beliau telah menambat hati ramai peminat terutamanya golongan muda-mudi. Pemain bes iaitu Masato merupakan pengasas Kumpulan Pancaragam Kafeina. Keperibadiannya yang agak lucu itu merupakan punca kegembiraan seluruh ahli kumpulan. Pemain dram iaitu Massang merupakan ahli yang paling muda dalam Kumpulan Pancaragam Kafeina. Beliau pandai menggunakan muzik untuk melepaskan keghairahan yang sukar ditahannya. Pemain Gitar, Liu Bofei yang merupakan peminat setia kartun pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis kartun. Akan tetapi, setelah mempelajari gitar, beliau telah tertarik oleh cara luahan perasaan melalui muzik yang tulen dan langsung sebegitu, dan mula menceburkan diri dalam bidang seni muzik.

Lagu "Lagi, Ulat Bulu" merupakan lagu utama album pertama Kumpulan Pancaragam Kafeina. Lagu ini ialah sebuah karya yang sarat dengan unsur motivasi. Dengan lirik yang ceria serta irama yang mudah diikuti, ahli Kumpulan Pancaragam Kafeina ingin menggalakkan para pendengar yang mempunyai sesuatu cita-cita supaya bersikap yakin terhadap diri sendiri dan berani untuk menghadapi segala kesukaran dalam kehidupan.

Lagu-lagu ciptaan Kumpulan Pancaragam Kafeina melibatkan pelbagai unsur muzik yang antaranya termasuk Pop-Punk, Ska dan lain-lain. Disebabkan ahli-ahli kumpulan pancaragam itu amat berminat akan kartun, maka imej keseluruhan dan lagu-lagu ciptaan mereka telah dipenuhi dengan gaya kartun. Ditambah dengan suara nyanyian Sayu yang penuh dengan ciri-ciri tokoh kartun, membuatkan Kumpulan Pancaragam Kafeina menjadi satu kumpulan nyanyian yang terunik di Tanah Besar China. Seterusnya, silalah nikmati lagu utama kedua album baru Kumpulan Pancaragam Kafeina yang bertajuk "Lolipop". Karya dengan ciri-ciri lagu kanak-kanak ini telah mencerminkan kerinduan ahli-ahli Kumpulan Pancaragam Kafeina terhadap masa kanak-kanak mereka serta pengejaran mereka terhadap kehidupan dan percintaan yang sederhana.

Akhir sekali, kami akan hidangkan sebuah lagu yang bertajuk "Belon Cinta". Lagu cinta romantis dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan ini telah mencerminkan satu konsep cinta yakni memberi kebebasan kepada kekasih yang dicintai. Dengan lirik yang romantis serta irama yang penuh dengan kepiluan, lagu ini telah mengharukan hati ramai peminat.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Mimpi"

II "Lagi, Ulat Bulu"

III "Lolipop"

IV "Belon Cinta"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |