v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Terkini Xiao Xiao yang Bertajuk "Aku"

2007-10-02 16:25:00 CRI

Pada tahun 2006, penyanyi dari Taiwan China, Xiao Xiao telah melancarkan album terkininya yang bertajuk "Aku". Album itu telah mendapat perhatian meluas daripada para pemuzik dan peminatnya. Dalam ruangan hari ini, kami akan perkenalkan album itu kepada saudara.

Lagu "Melepaskanmu" yang menggabungkan gaya lagu tarian dengan rock ini dicipta oleh Xiao Xiao sendiri. Menerusi lagu ini, Xiao Xiao ingin menggalakkan golongan orang yang kehilangan cinta supaya berani melepaskan bekas kekasihnya itu untuk mengejar kehidupan yang baru.

Sebelum memasuki arena seni suara pada tahun 2003, Xiao Xiao pernah bekerja sebagai seorang peragawati. Disebabkan oleh wajahnya yang jelita, maka bakatnya dalam bidang seni muzik selalu diabaikan. Akan tetapi, keadaan itu telah berubah ketika album "Aku" dilancarkan pada Januari tahun 2006. Album itu mengandungi lima buah lagu ciptaan Xiao Xiao sendiri yang telah memperlihatkan bakatnya dalam bidang penciptaan lagu. Seterusnya, silalah nikmati sebuah lagu cinta ciptaan Xiao Xiao yang bertajuk "Mengabaikan". Dengan irama yang penuh dengan kepiluan dan suara nyanyian Xiao Xiao yang penuh perasaan, lagu ini telah mengharukan ramai peminat.

Selain lima buah lagu ciptaan Xiao Xiao sendiri, album "Aku" juga mengandungi enam buah lagu yang dicipta oleh pemuzik-pemuzik terkenal dari Taiwan China. Dengan irama yang seindah puisi serta lirik yang mudah diikuti, lagu-lagu tersebut telah menambat hati ramai peminat.

Album "Aku" melibatkan pelbagai irama yang termasuk lagu rock dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan, senandung, lagu tarian dan lain-lain. Dengan suara nyanyian Xiao Xiao yang merdu, membolehkan saudara merasakan suka duka dan pahit manis percintaan serta perubahan perasaan seseorang ketika bercinta, dan juga membolehkan saudara menikmati kesenangan dan keseronokan yang sukar dicari dalam kerja dan hidup seharian yang sibuk. Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Ingin Melupakanmu". Lagu ini menggambarkan kesukaran untuk melupakan cinta yang lama itu.

Akhir sekali, kami akan hidangkan sebuah senandung dengan gaya rock yang bertajuk "Burung Bodoh". Menerusi satu dialog yang berlaku antara seorang manusia dengan seekor burung bodoh, lagu ini telah mencerminkan kekecewaan dan kekesalan orang itu terhadap percintaan.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Melepaskanmu"

II "Mengabaikan"

III "Ingin Melupakanmu"

IV "Burung Bodoh"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |