v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Jiang Xin dan Lagu-Lagu Nyanyiannya

2007-10-10 15:50:34 CRI

Jiang Xin merupakan seorang penyanyi wanita yang mahir mencipta lagu di arena seni suara China, dan kebanyakan karya ciptaannya berirama rock. Dalam ruangan hari ini, kami akan perkenalkan penyanyi ini dan lagu-lagu nyanyiannya kepada saudara.

Jiang Xin mula dikenali oleh peminatnya melalui album pertamanya iaitu "Bunga Memekar" yang dilancarkan pada tahun 1996. Setakat ini, album yang berirama rock itu masih diingati oleh para peminatnya. Walaupun album itu tidak begitu popular pada masa itu disebabkan oleh beberapa faktor, tetapi album itu telah mendapat penilaian tinggi daripada pemuzik-pemuzik terkenal di China.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Bunga Memekar". Lagu ini berkisar tentang satu kisah cinta yang penuh dengan suka duka dan pahit manis.

Jiang Xin dilahirkan di bandar Qingdao, sebuah bandar tepi pantai yang indah di bahagian timur China. Beliau amat pandai menyanyi dan menari sejak kecil. Akan tetapi, perjalanannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang seni muzik penuh dengan liku-liku. Berkat kesabaran dan ketabahannya, beliau telah mengatasi segala kesukaran dan mula menceburi arena seni suara setelah menyanyi di pub selama 7 tahun.

Muzik ciptaan Jiang Xin selalu disenaraikan oleh peminatnya sebagai muzik rock. Akan tetapi, Jiang Xin berpendapat bahawa muziknya merupakan sejenis muzik bentuk baru yang menggabungkan unsur muzik rock dengan muzik pop. Pada fahamannya, muzik rock mewakili satu semangat yang berani mengubah tradisi lama.

Pada tahun 2000, Jiang Xin telah melancarkan album keduanya yang bertajuk "Bulan Mei". Album itu memperlihatkan teknik nyanyian Jiang Xin yang lebih mantap. Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Tidak Mahu Berjumpa Lagi". Lagu in menggambarkan perasaan seseorang yang tidak mahu berjumpa dengan bekas kekasihnya itu setelah berpisah.

Pada tahun 2002, Jiang Xin telah melancarkan album ketiganya yang bertajuk "Ketulenan". Lirik bagi kesemua 10 buah lagu dalam album itu telah dicipta oleh Jiang Xin sendiri. Selain itu, beliau juga telah mencipta irama bagi dua buah lagu dalam album itu yang masing-masing bertajuk "Diam" dan "Debu". Menurut beliau, melalui penglibatannya secara langsung dalam proses penulisan lirik dan penciptaan irama lagu, membolehkan beliau mempersembahkan lagu-lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Seterusnya, silalah nikmati lagu "Debu" daripada album ketiga Jiang Xin.

Jiang Xin bukan sahaja merupakan seorang penyanyi unggul, bahkah juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Beliau telah menjadi penulis ruangan tetap dalam beberapa akhbar dan majalah. Pada tahun 1999 pula, beliau telah melancarkan sebuah novel autobiografi secara dalam talian yang mencatat pengalaman peribadinya sendiri. Novel itu amat popular dalam kalangan pengguna internet. Jiang Xin berkata bahawa beliau amat suka meluahkan perasaan sendiri, dan sama ada menyanyi mahupun menulis merupakan salah satu cara luahan perasaan bagi beliau. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita sama-sama menikmati lagu "Ketulenan" yang dinyanyikan oleh Jiang Xin. Lagu ini telah mencerminkan ketabahan beliau dalam mengejar impian.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Bunga Memekar"

II "Tidak Mahu Berjumpa Lagi"

III "Debu"

IV "Ketulenan"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |