v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pi Pa, Alat Muzik Tradisional China

2007-09-20 12:57:11 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan alat muzik tradisional China, Pi Pa.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati irama muzik Pi Pa yang paling terkenal di China yang bertajuk "Yang Chun Beixue". Irama muzik itu menggambarkan pemandangan segala-galanya berkembang maju pada musim bunga. Dalam irama lagu ini, saudara pendengar dapat merasa irama Pi Pa yang merdu.

Pi Pa telah bersejarah lama di China. Pada dinasti Tang China iaitu kira-kira abad ke-7, pensyair terkenal, Bai Juyi semasa melepas tamu ke pantai sungai, beliau mendengar bunyi Pi Pa yang dimainkan oleh seorang pemuzik wanita. Permainan pemuzik itu telah mengharukan pensyair tersebut. Kemudian, pengalaman pensyair Bai Juyi itu telah dituliskan menjadi sajak panjang yang bertajuk "Lawatan Pi Pa". Sajak itu telah menggambarkan kebolehan pemain wanita Pi Pa dengan terperinci. Sajak itu juga disusun dalam buku teks bahasa Mandarin sekolah menengah China. Ramai orang asing mengenali sajak itu dan dapat mengucapkan ayat terkenal yang menggambarkan Pi Pa dalam sajak panjang tersebut. Berikutnya, marilah kita nikmati satu irama muzik yang bertajuk "Bulan di Angkasa".

Daripada kisah itu, kita dapat mengenal bahawa Pi Pa telah menjadi popular pada lebih 1000 tahun yang lalu.

Pada hakikatnya, Pi Pa yang kami sebut hari ini tidak berasal dari China, tetapi berasal dari Parsi pada masa dahulu kala. Kemudian alat muzik tersebut disebar ke bahagian barat China, iaitu kawasan berhampiran Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada abad ke-2 atau ke-3. Selepas itu, pedagang di sana telah membawa alat muzik itu ke bahagian tengah China. Dalam sejarah China, dinasti Tang merupakan satu zaman perkembangan yang paling pesat bagi alat muzik tersebut. Dari istana ke tavern, bunyi Pi Pa boleh didengar di mana-mana. Seterusnya, marilah kita nikmati satu irama muzik Pi Pa yang disadurkan daripada irama muzik dinasti Tang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |