v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beberapa Lagu Yang Dipersembahkan dalam Pesta Muzik Pop Beijing 2007

2007-10-16 10:57:11 CRI

Pesta Muzik Pop Beijing tahun 2007 telah diadakan di Taman Chaoyang bermula pada 8 hingga 9 September yang lalu. Beberapa kumpulan pancaragam yang terkenal dari luar negara serta penyanyi dan kumpulan pancaragam yang cemerlang dari China telah menghidangkan satu pesta muzik rock yang amat menarik kepada lebih 20 ribu orang penonton. Dalam ruangan hari ini, kami akan hidangkan beberapa lagu yang dipersembahkan dalam pesta itu kepada saudara.

Pesta Muzik Pop Beijing yang mula diwujudkan pada tahun 2005 itu merupakan salah satu pesta muzik pop yang skopnya paling besar di Asia, dan juga merupakan pesta muzik Asia yang paling menarik perhatian arena seni suara antarabangsa. Penyanyi dan kumpulan pancaragam yang menyertai persembahan dalam pesta kali ini merupakan tokoh muzik yang tersohor di arena seni suara dunia. Mereka telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam usaha mendorong perkembangan kebudayaan muzik rock seluruh dunia. Selain itu, lebih puluhan kumpulan pancaragam dan sejumlah penyanyi terkenal dari Eropah, Asia Timur dan Tanah Besar China telah menghidangkan persembahan yang agak menarik kepada para penonton.

Lagu "Berlepas ke Siberia" yang saudara nikmati sekarang dipersembahkan oleh kumpulan pancaragam "Kedai Runcit", sebuah kumpulan pancaragam gaya Britain yang tersohor di Tanah Besar China. Kumpulan pancaragam itu terdiri daripada 4 orang pemuda yang tampan. Dengan muzik ciptaan dan gaya persembahan mereka yang istimewa, kumpulan pancaragam itu telah menambat hati ramai peminat.

Pihak penganjur menjelaskan bahawa Pesta Muzik Pop Beijing yang bertujuan untuk mempromosikan karya muzik pop unggul dari China dan luar negara itu membolehkan para pendengar dari China mendengar karya muzik tersebut dengan telinga mereka sendiri secara langsung. Pesta kali ini juga bercirikan mesra kebudayaan muda-mudi, maka beberapa kumpulan pancaragam yang boleh mewakili ciri-ciri golongan muda-mudi pada zaman ini telah dipelawa untuk mengadakan persembahan dalam pesta itu.

Lagu "Gelung" yang saudara nikmati sekarang dipersembahkan oleh kumpulan pancaragam Crimea. Ketika kelima-lima anggota kumpulan itu muncul di pentas, mereka telah menimbulkan sorak-sorai daripada para penonton. Dengan irama yang berentak rancak serta suara nyanyian penyanyi utama yang penuh dengan keghairahan, lagu-lagu yang disembahkan oleh kumpulan pancaragam itu boleh menggerakkan hati para penonton supaya ikut menari mengikut alunan irama itu.

Ini merupakan kali kedua bagi kumpulan pancaragam Crimea mengadakan persembahan di China. Kemesraan rakyat China telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka. Selain itu, kesediaan orang China untuk menerima dan mempelajari kebudayaan asing juga telah membuatkan mereka berasa terharu. Pemain bes iaitu Joseph Udwin merupakan satu-satunya wanita dalam kumpulan pancaragam Crimea. Beliau amat berminat akan muzik tradisional China, terutamanya Opera Peking dan muzik etnik yang bercirikan kampung air di selatan Sungai Yangtze. Beliau berpendapat bahawa jika unsur muzik tradisional China digabungkan dengan muzik pop moden, maka akan dapat menghasilkan muzik yang paling merdu di dunia. Seterusnya, silalah nikmati lagu "Loteri" yang dipersembahkan oleh kumpulan pancaragam Crimea.

Akhir sekali, kami akan hidangkan lagu "Lasia" yang dinyanyikan oleh kumpulan pancaragam "Kopi Susu", sebuah kumpulan pancaragam terkenal di Tanah Besar China. Kesegaran muzik ciptaan mereka yang segar seakan-akan kewangian susu dan kopi yang berkekalan, dan amat diminati oleh para penonton terutamanya golongan muda-mudi.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Berlepas ke Siberia"

II "Gelung"

III "Loteri"

IV "Lasia"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |