v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Mengingati Cinta" dan Lain-Lain

2007-10-23 14:16:03 CRI

Kumpulan penyanyi F.I.R. merupakan kumpulan penyanyi yang paling mahir mencipta lagu di arena seni suara Taiwan pada masa ini. Ketiga-tiga ahli kumpulan penyanyi itu iaitu penyanyi utama FIR, pemain gitar Achin dan pemain papan nada muzik Chen Jianning mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing, maka mereka telah mendapat perhatian dan sokongan padu daripada para peminat. Pada Mac tahun ini, pemain gitar iaitu Achin telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Telinga Kiri Van Gogh". Album itu amat dialu-alukan oleh peminatnya, dan telah memperlihatkan bakat Achin dalam bidang penciptaan lagu. Terlebih dahulu, kami akan hidangkan lagu utama album itu yang bertajuk "Telinga Kiri Van Gogh". Lagu ini merupakan sebuah lagu yang penuh dengan gaya klasik.

Album "Telinga Kiri Van Gogh" melibatkan pelbagai gaya muzik yang termasuk rock, R&B dan lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan. Album itu telah memberikan kesan yang berlainan kepada para pendengar. Dengan imej yang tampan dan suara nyanyian yang mesra pendengar, Achin telah memikat hati ramai peminat.

Lagu "Mengingati Cinta" yang saudara nikmati sekarang ialah sebuah lagu cinta romantis yang penuh dengan kepiluan, Lagu ini dipersembahkan oleh Achin dengan Nicky Lee, seorang penyanyi tersohor dari Republik Korea.

Lagu yang saudara nikmati tadi ialah dua buah lagu Achin yang masing-masing bertajuk "Telinga Kiri Van Gogh" dan "Mengingati Cinta". Seterusnya, kami akan hidangkan lagu "Kegagalan dan Keunggulanku" yang dinyanyikan oleh Liu Ruoying, seroang penyanyi wanita terkenal dari Taiwan China. Lagu "Kegagalan dan Keunggulanku" ialah sebuah lagu yang amat disukai oleh Liu Ruoying. Dengan irama yang manis dan merdu, beliau telah meluahkan perasaannya sendiri kepada para pendengar.

Penyanyi lelaki yang ternama dari Taiwan China iaitu Fan Yichen mempunyai wajah yang tampan. Ditambah dengan suara nyanyiannya yang penuh dengan perasaan, beliau dipanggil oleh peminatnya sebagai "Putera Lagu Cinta". Sebagai hidangan terakhir, kami akan hidangkan sebuah lagu yang dinyanyikannya yang bertajuk "Aku Percaya". Menerusi lagu ini, beliau ingin menggalakkan para pendengar supaya mempercayai cinta dan bersabar-sabar untuk menunggu kedatangan cinta.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Telinga Kiri Van Gogh"

II "Mengingati Cinta"

III "Kegagalan dan Keunggulanku"

IV "Aku Percaya"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |