Dalam ruangan hari ini, saya akan terus perkenalkan alat muzik tradisional China, Pi Pa.
Keupayaan jarak bunyi Pi Pa amat luas. Kebolehan permainan alat muzik itu juga amat kompleks dan pelbagai. Berdasarkan statistik yang tidak sempurna, jumlah kebolehan permainan Pi Pa telah mencapai 40 atau 50 jenis. Melalui kebolehan permainan Pi Pa yang berbeza, perasaan dan pemandangan yang berbeza-beza dapat dibentangkan melalui alat muzik tersebut.
Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati irama lagu Pi Pa terkenal yang bertajuk "Shi Mian Mai Fu". Irama lagu itu menggambarkan satu pertempuran sengit yang berlaku di China pada 202 tahun Sebelum Masihi.
Pembuatan Pi Pa terus berkembang. Pemuzik tradisional China yang terkenal, Encik Liu Tianhua pernah mengadakan pembaharuan terhadap alat muzik tersebut pada tahun 1930-an. Selepas itu, baik irama muzik tradisional China, mahupun irama muzik barat dapat dimainkan dengan alat muzik tersebut. Selain itu, Encik Liu Tianhua juga turut menggubah beberapa irama lagu Pi Pa yang mempunyai ciri-ciri zaman itu. Berikutnya, silalah nikmati satu irama lagu yang bertajuk "Ge Wu Yin".
Pi Pa bukan sahaja merupakan sejenis alat muzik solo yang baik, bahkan juga merupakan alat muzik utama dalam kumpulan permainan muzik tradisional China. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pemuzik China telah menggabungkan muzik Pi Pa dengan simfoni barat, menggubah banyak irama konserto Pi Pa dan mencapai kejayaan.
Seterusnya, marilah kita nikmati satu irama lagu yang bertajuk "Bawang Xiejia". Irama lagu itu menggambarkan pertempuran yang berlaku pada lebih 2000 tahun yang lalu. Berbeza dengan irama lagu yang bertajuk "Shi Mian Mai Fu" yang kami hidangkan tadi, irama lagu ini mengutamakan penggambaran terhadap rasa sedih panglima tentera yang kalah.
|