v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyanyi Etnik Mongo, Teng Ge Er

2007-10-25 11:22:03 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan terus perkenalkan lagu rakyat Mongo yang dinyanyikan oleh penyanyi etnik Mongo, Teng Ge Er.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu rakyat Mongo yang bertajuk "Wuyun Candan". Wuyun Candan merupakan nama seorang gadis. Gadis yang jelita itu dicintai oleh teruna yang bernama Jin Ping. Lagu ini telah mengibaratkan rasa cinta teruna itu terhadap gadis tersebut. Dalam lagu itu dinyanyikan, "Pokok pain ialah hiasan sinar matahari, bunga teratai ialah hiasan air tasik. Wuyun Candan ialah hiasan dalam saunbari Jin Ping."

Sebagai seorang pemuzik etnik minoriti, Teng Ge Er sentiasa mengekalkan gayanya yang tersendiri dalam penggubahan muzik dan penyanyian lagu. Beliau juga menggalakkan kebolehannya dalam bidang penggubahan muzik, menggabungkan kebudayaan etnik Mongo yang kuno dengan penggubahan muzik, turut menggubah banyak lagu yang bercirikan etnik Mongo dan membentuk gaya penggubahan dan nyanyian yang tersendiri. Tema lagu ciptaannya amat luas dan irama lagu tersebut amat merdu. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu nyanyian Teng Ge Er yang bertajuk "Topi yang Cantik".

Lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Topi yang Cantik" yang dinyanyikan oleh penyanyi etnik Monglia, Teng Ge Er. Beliau berkata bahawa padang rumput yang luas telah mengasuhnya dan juga memberi banyak inspirasi kesenian kepadanya. Beliau tidak akan melupakan padang rumput itu untuk seumur hidup. Beliau juga menggunakan bahasa Mongo untuk menggubah muzik dan menyanyikan lagu agar mengutarakan rasa sayang terhadap kampung halamannya. Seterunya, silalah nikmati lagu yang dinyanyikan oleh Teng Ge Er dengan diberi tajuk "Gunung yang Tinggi". Lagu ini telah menyatakan rasa sayang terhadap kampung halaman.

Lagu yang saudara nikmati tadi itu bertajuk "Gunung yang Tinggi". Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu rakyat Mongo yang bertajuk "Selamat Jalan Saudaraku". Lagu ini menggambarkan keadaan perpisahan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |