v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pujian terhadap Tanah Air

2007-11-01 13:18:01 CRI

Baru-baru ini, Kumpulan Simfoni China telah menghidangkan konsert korus simfoni yang digubah oleh Wang Yi dengan diberi tajuk "Pujian terhadap Tanah Air". Konsert itu untuk merayakan diadakannya berjaya Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan konsert itu kepada saudara.

Karya penggubahan Wang Yi itu mempunyai satu subtema yang bertajuk "Untuk Tanah Air yang Membangkit". Penggubah berusaha menggabungkan bunyi orkestra dengan paduan suara, mengalu-alukan kejayaan yang dicapai oleh Parti Komunis China dalam usaha pembaharuan dan pintu terbuka terhadap luar, memperlihatkan impian dan harapan rakyat China pada zaman kini serta semangat bangsa China.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan bahagian muzik pertama yang diberi tajuk "Musim Bunga". Selepas China mengalami ketinggalan dan kesengsaraan selama ratusan tahun, dasar pembaharuan dan pintu terbuka terhadap luar mendatangkan musim bunga kepada bangsa China. Irama waltz dan suara soprano telah mengutarakan pujian rakyat China terhadap musim bunga bagi tanah air. Marilah kita nikmati nyanyian solo yang diberi tajuk "Ketibaan Musim Bunga".

Penggubah "Pujian terhadap Tanah Air", Wang Yi tidak merupakan penggubah yang profesional. Beliau tamat dari Fakulti Sejarah Universiti Peking dan Fakulti Ekonomi Universiti Kewangan Barat Daya China, dan menyandang jawatan Naib Gabenor Bank Pembangunan Negara China. Beliau berkata bahawa beliau berkecimpung dalam muzik dalam satu perjalanan. Pada tahun 2002, Wang Yi mengunjungi Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. Semasa melihat pemandangan yang indah, beliau menyanyikan lagu dalam perjalanannya. Temannya dalam perjalanan itu telah melihat kebolehannya dalam muzik dan mencadangkannya agar cuba memperlihatkan kebolehannya dalam bidang muzik. Maka, beliau mula mengadakan latihan dalam bidang muzik, menggubah puluhan lagu dan juga melancarkan album.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan bahagian muzik kedua yang diberi tajuk "Membangkit". Muzik ini meperlihatkan bangsa China bersatu padu untuk menghadapi cabaran.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan bahagian muzik ketiga yang bertajuk "Pulau Taiwan". Penyatuan semula tanah air merupakan usaha yang tidak dapat dibahagikan dalam pembangkitan bangsa China. Muzik ini mengutarakan rasa rindu saudara-saudari di kedua-dua pantai selat Taiwan terhadap kampung halaman.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Majulah, China".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |