v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Pertama "Kuda Hitam"

2007-10-30 16:17:19 CRI

 Kumpulan penyanyi "Kuda Hitam" yang berasal daripada padang rumput Mongolia Dalam di utara China itu ditubuhkan pada Oktober tahun 2003, dan terdiri daripada 4 orang pemuda etnik Mongolia. Kumpulan penyanyi itu mula mendapat perhatian orang awam setelah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Rakyat Bahagian Barat China pertama pada tahun 2004. Pada Julai tahun ini, kumpulan penyanyi "Kuda Hitam" telah melancarkan album pertama yang bertajuk "Sateria". Album itu mengandungi 9 buah lagu yang dipadankan daripada lagu rakyat etnik Mongolia dan 2 buah lagu ciptaan mereka sendiri.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Ufuk Langit". Dengan irama saksofon yang menggembirakan serta suara nyanyian penyanyi yang penuh dengan perasaan, lagu yang dipadankan daripada lagu rakyat etnik Mongolia ini membolehkan para pendengar menikmati suasana yang tenang, dan kemudian turut berasa terharu.

Kumpulan penyanyi "Kuda Hitam" yang mempunyai nada suara nyanyian yang halus dan merdu itu amat pandai menggabungkan muzik etnik Mongolia dengan pelbagai unsur muzik pop antarabangsa seperti Hip Hop, R&B, rock dan jaz. Dengan itu, mereka telah menghidangkan muzik yang gayanya amat istimewa kepada para pendengar.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu utama album pertama "Kuda Hitam" yang bertajuk "Sateria". Irama yang cukup bertenaga ini telah memperlihatkan ketabahan yang tertanam kuat dalam jiwa penduduk etnik nomad serta kebanggaan mereka sebagai anak pedang rumput.

Bungkusan album "Sateria" yang dilengkapi dengan kain bulu biri itu amat istimewa dan telah memperlihatkan ciri-ciri padang rumput. Seterusnya, silalah nikmati sebuah lagu yang bertajuk "Jatuh Cinta pada Malam di Ulaanbaatar". Dengan rentak yang ceria serta irama yang menggembirakan, lagu yang dipadankan daripada lagu rakyat etnik Mongolia ini telah menggambarkan malam padang rumput yang romantis.

Kumpulan penyanyi "Kuda Hitam" telah menggunakan suara nyanyian dan muzik ciptaan mereka untuk memaparkan ketabahan, kegembiraan dan kesedihan rakyat etnik Mongolia kepada golongan orang yang tinggal di bandar moden. Penerbit album "Sateria" yang juga pemuzik tersohor di China iaitu San Bao telah memberi penilaian yang tinggi kepada kumpulan penyanyi itu. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita sama-sama menikmati lagu "Kampung Halaman" yang dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi "Kuda Hitam". Lagu ini telah mencerminkan kerinduan dan kecintaan mereka terhadap kampung halaman.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Ufuk Langit"

II "Sateria"

III "Jatuh Cinta pada Malam di Ulaanbaatar"

IV "Kampung Halaman"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |