v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu "Chang E" dan Lain-Lain

2007-11-06 15:01:34 CRI

Pada tahun 2006, seorang gadis yang dikenali dengan panggilan "Puteri Chang E" telah berturut-turut menerbitkan fotonya sendiri dalam pelbagai laman web. Kemudian, beliau telah selalu mengeluarkan pendapat peribadinya yang unik terhadap topik-topik hangat dalam laman web. Dengan itu, beliau telah menjadi bintang popular dalam internet. "Puteri Chang E" bukan sahaja mempunyai wajah yang jelita dan bakat dalam bidang penulisan, tetapi juga amat pandai menyanyi. Lagu-lagu yang dinyanyikan semula oleh beliau amat diminati oleh para peminatnya.

Nama sebenar "Puteri Chang E" ialah Sun Yijing. Setelah menjadi popular dalam internet, beliau telah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman di Beijing dan mula menceburi arena seni suara. Pada Januari tahun ini, beliau telah melancarkan album pertamanya yang bertajuk "Chang E".

Lagu yang saudara nikmati sekarang lagu utama album pertama Sun Yijing yang bertajuk "Chang E". Dengan lirik yang penuh dengan gaya klasik serta irama yang mudah diikuti, lagu ini telah menggambarkan kesunyian dan kesepian seseorang.

Dengan wajahnya yang manis dan mulus, latar belakang keluarga dan pendidikannya yang baik serta suara nyanyiannya yang merdu, Sun Yijing telah memikat hati ramai peminat. Seterusnya, silalah nikmati sebuah lagu berentak rancak yang bertajuk "Jika Aku Pandai Bermain Kung Fu". Dengan irama yang menggembirakan serta lirik yang lucu, lagu ini telah menggambarkan impian seorang gadis untuk menjadi seorang sateria yang pandai bermain kung fu.

Setelah meninggalkan arena seni suara selama 3 tahun, penyanyi lelaki Jiang Liqi telah melancarkan album keduanya yang bertajuk "Tiada Sesiapa Pun Yang Tidak Menangis". Album itu melibatkan pelbagai gaya muzik yang termasuk lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan, jaz, rock, lagu tarian dan lain-lain. Lagu utama album itu yang bertajuk "Tiada Sesiapa Pun Yang Tidak Menangis" justeru merupakan sebuah lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan. Lagu itu telah mengisahkan satu cerita tentang seorang pemuda yang mengalami kegagalan dalam percintaan. Dengan suara nyanyian Jiang Liqi yang penuh perasaan, lagu itu telah mengharukan hati ramai peminat.

Akhir sekali, kami akan hidangkan lagu "Aku Cinta Padamu Bukan Kerana Kecantikanmu" yang dinyanyikan oleh Jiang Liqi. Lagu itu ialah sebuah lagu yang dipadankan daripada lagu utama album pertama Jiang Liqi yang bertajuk "Aku Cinta Padamu Bukan Kerana Kecantikanmu". Lagu dengan gaya penyampaian yang penuh dengan perasaan itu telah dipadankan menjadi sebuah lagu tarian elektronik. Dengan irama yang berentak rancak, lagu itu boleh menggerakkan hati para pendengar supaya menari mengikut alunan irama lagu ini.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Chang E"

II "Jika Aku Pandai Bermain Kung Fu"

III "Tiada Sesiapa Pun Yang Tidak Menangis"

IV "Aku Cinta Padamu Bukan Kerana Kecantikanmu"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |