v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dram Pinggang

2007-11-08 16:28:50 CRI

Dalam tempoh lebih 20 tahun lalu sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka terhadap luar dilaksanakan, dengan pimpinan Parti Komunis China dan usaha bersama rakyat China, pelbagai sektor China telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan beberapa lagu yang memperlihatkan keadaan China pada zaman kini dan memuji kehidupan yang bahagia.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Dram Pinggang". Lagu ini menggunakan rentak dan bunyi dram pinggang yang popular di rakyat barat laut China, memperlihatkan semangat rakyat China.

Lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Dram Pinggang". Lagu ini dapat didengar dalam banyak aktiviti perayaan. Ramai rakyat juga menghidangkan persembahan dram pinggang dengan irama lagu ini.

Berikutnya, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Bendera Merah Lima Bintang". Lagu ini menyampaikan rasa cinta rakyat China terhadap bendera merah lima bintang. Penggubah lagu ini ialah pemuzik terkenal China, Liu Qing. Beliau melihat perkembangan dan perubuhan negara, terutamanya dalam tempoh sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka terhadap luar dijalankan, China semakin hari menjadi maju dan makmur. Kehidupan rakyat juga semakin baik. Rasa cintanya terhadap tanah air dan tanggungjawabnya terhadap penggubahan kesenian telah menggalakkannya untuk menggubah lagu ini. Beliau menggunakan irama drama tradisional China dan menjadikan lagu ini bercirikan China dan semangat pada zaman itu.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, "harnomi" telah menjadi "perkataan yang popular pada zaman kini". Baik topik kongres kebangsaan tertinggi Parti Komunis China, maupun topik berkaitan dengan orang awam, semuanya berkaitan dengan "harmoni". Setiap orang China mempunyai fikiran dan fahaman sendiri terhadap cara pembangunan masyarakat harmoni. Penggubah China, Qu Bo telah menulis sebuah lagu yang bertajuk "China yang Harmoni". Lagu ini telah memperlihatkan keharmonian antara manusia dan keharmonian antara manusia dengan alam.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |