v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wu Shuang dan beberapa lagu nyanyiannya

2007-11-13 11:41:52 CRI

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Troy". Irama pada pendahuluan lagu ini yang penuh misteri bagaikan satu epik. Tetapi gaya bagi bahagian utama lagu ini telah berubah menjadi lagu tarian yang berentak rancak. Perubahan yang tiba-tiba itu telah mengagumkan para pendengar. Lagu yang mengisahkan satu babak peperangan tragis ini telah mencerminkan kebencian orang ramai terhadap peperangan dan seruan mereka terhadap kedamaian.

Penyanyi Wu Shuang yang berumur 25 tahun ialah seorang pemuda yang dilahirkan di Beijing. Dengan imejnya yang sihat dan tampan serta teknik tarian dan nyanyiannya yang mantap, Wu Shuang dipanggil oleh peminatnya sebagai "Michael Jackson". Kebanyakan muzik Wu Shuang mempunyai rentak yang rancak dan penuh imaginasi serta unsur keajaiban. Muziknya melibatkan pelbagai gaya yang termasuk hip-hop, R&B, jaz, lagu tarian dan lain-lain. Antaranya, lagu tarian berentak rancak merupakan gaya muzik yang paling dimahirkan bagi beliau.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Cinta Bagaikan Buah Ara". Dengan irama yang bergaya kampung air di selatan Sungai Yangtze serta lirik yang indah dan bergaya klasik, lagu ini telah menggambarkan kesepian dan kesunyian seseorang.

Wu Shuang mula menceburi arena seni suara pada tahun 2005. Walaupun masih merupakan seorang bintang baru, akan tetapi beliau telah memikat hati ramai peminat disebabkan oleh gayanya yang istimewa ketika membuat persembahan di pentas.

Menurut Wu Shuang, Michael Jackson ialah bintang pujaannya. Ketika mula-mula mempelajari teknik tarian, beliau telah meniru gerak tarian Michael Jackson. Selepas itu, beliau telah mengkaji pelbagai jenis tarian dari timur dan barat. Setelah teknik-teknik yang dipelajarinya tersebut digabungkan dengan pemahaman dan penciptaan Wu Shuang sendiri, maka terbentuknya cara persembahan pentas yang amat istimewa.

Lagu dengan unsur galakan yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Belantan Emasku". Lirik lagu ini diilhamkan daripada sebuah novel mitologi klasik China yang bertajuk "Menziarah ke Barat" atau "Journey to the West" dalam bahasa Inggeris. Belatan emas merupakan senjata yang dimainkan oleh watak utama novel itu iaitu Raja Kera atau Sun Wu Kong dalam bahasa Mandarin.

Sama seperti setiap orang pemuda yang berumur kira-kira 20 tahun ,Wu Shuang amat berminat akan kartun, permainan elektronik dan perbualan dalam talian. Beliau juga amat pandai bermain papan selaju dan bola keranjang. Selain itu, beliau juga mempunyai satu hobi iaitu mengumpul model transformer kerana model itu telah membawa banyak kegembiraan kepada masa kanak-kanaknya.

Kini, Wu Shuang sedang menyiapkan album keduanya. Lagu "Kau Yang Hanya Mementingkan Diri Sendiri" yang baru dilancarkan telah mencapai kejayaan yang amat menggalakkan. Wu Shuang berkata bahawa sebagai membalas budi para peminatnya atas sokongan mereka selama ini, beliau akan terus berusaha untuk menghidangkan muzik yang bermutu tinggi dan menyanyikan setiap lagu dengan bersungguh-sungguh. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita sama-sama menikmati lagu "Kau Yang Hanya Mementingkan Diri Sendiri".

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Troy"

II "Cinta Bagaikan Buah Ara"

III "Belantan Emasku"

IV "Kau Yang Hanya Mementingkan Diri Sendiri"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |