Persembahan majlis malam ini diarahkan oleh Teng Junjie, pengarah terkenal China. Beliau pernah mencipta ratusan persembahan majlis malam besar-besaran. Beliau memaklumkan, persembahan majlis malam yang diberi tajuk "Di Bawah Langit yang Sama" itu telah memperlihatkan kedudukan yang istimewa kebudayaan Asia Timur dalam kebudayaan Asia.
Bahagian pertama persembahan majlis malam itu diberi tajuk "Daya Pesona Asia Timur" yang memperlihatkan inti sari kebudayaan China, Jepun dan Republik Korea.
Bahagian kedua persembahan majlis malam tersebut diberi tajuk "Daya Pesona Kebudayaan China" memilih beberapa karya klasik dalam arena kesenian China untuk memperlihatkan kebudayaan China. Berikutnya marilah kita nikmati persembahan alat muzik China, Er Hu yang bertajuk "Lumba Kuda" dalam bahagian kedua persembahan majlis malam itu. Lagu ini telah memperlihatkan kegembiraan sempena perayaan lumba kuda etnik minoriti bahagian utara China, iaitu etnik Mongo.
Persembahan majlis malam "Di Bawah Langit yang Sama" berakhir dengan irama lagu yang bertajuk "Pujian Kesejahteraan" yang mengutarakan harapan baik rakyat pelbagai negara Asia.
1 2
|