v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Elva Yang Bertajuk "1087"

2007-11-20 15:35:05 CRI

Pada penghujung tahun 2006, penyanyi wanita tersohor dari Taiwan China iaitu Elva Hsiao telah melancarkan album terkininya yang bertajuk "1087". Nama album itu yang ditetapkan sebagai "1087" adalah untuk memperingati jumlah hari Elva meninggalkan arena seni suara. Dalam album itu, Elva mencuba untuk menyanyikan lagu-lagu yang pelbagai gaya, dan telah menunjukkan teknik tariannya yang mantap dalam video muzik. Dalam ruangan hari ini, kami akan perkenalkan album itu kepada saudara.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah sebuah lagu tarian yang bertajuk "Cinta". Melalui suara nyanyian Elva yang merdu, lagu berentak rancak ini telah menggambarkan cinta sempurna yang diharapkan oleh beliau.

Elva merupakan salah seorang penyanyi wanita daripada dunia lagu pop Taiwan yang berjaya menawan hati ramai peminat dengan teknik tariannya. Muzik Elva yang sentiasa berkait rapat dengan penampilan itu telah menggabungkan pelbagai unsur estetika yang termasuk tarian, fesyen pakaian dan lain-lain. Dengan itu, beliau telah memikat hati ramai peminat. Lagu berentak rancak merupakan gaya utama album "1087". Selain itu, lagu-lagu dalam album itu juga melibatkan pelbagai irama yang termasuk elektronik klasik, Hip Hop, Rock, gaya India, Reggae, R&B dan lain-lain. Untuk meningkatkan teknik tarian sendiri, Elva telah pergi ke Los Angeles untuk mempelajari teknik tarian dengan seorang pengajar tarian yang amat berpengalaman. Dengan itu, kemajuan beliau dalam bidang teknik tarian telah dipersembahkan kepada para peminatnya melalui video muzik.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu utama album "1087" yang bertajuk "Luahan Cintaku". Lagu tarian yang berentak rancak ini membuat para pendengar menari mengikut irama lagunya. Lagu ini berkisar tentang seorang gadis pemalu yang ingin meluahkan rasa cinta kepada kekasihnya.

Untuk menjayakan album "1087", Elva bukan sahaja telah melibatkan diri dalam proses penulisan lirik dan penciptaan lagu, bahkan juga telah mencuba untuk bertugas sebagai penerbit album itu. Dengan itu, beliau telah berjaya menjadi seorang penyanyi yang serba boleh daripada seorang penyanyi yang hanya pandai menyanyi. Seterusnya, silalah nikmati sebuah lagu cinta manis yang bertajuk "Sayangku". Lirik lagu ini digubal oleh Elva sendiri dan telah menyatakan perasaan golongan wanita yang sedang bercinta.

Akhir sekali, kami akan hidangkan sebuah lagu dengan gaya penyampaian yang penuh perasaan yang bertajuk "Tidak Jauh". Melalui penggabungan permainan alat muzik tali dengan piano, lagu yang penuh dengan gaya klasik itu telah menggambarkan kerinduan seorang gadis terhadap kekasihnya selepas berpisah.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "L.O.V.E."

II "Luahan Cintaku"

III "Sayangku"

IV "Tidak Jauh"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |