Ayat "Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya" berasal daripada sebuah puisi yang ditulis oleh Du Fu, seorang penyair yang tersohor pada Dinasti Tang China pada abad ke-8 Masihi. Dalam puisi itu berbunyi, "Memanahkan Kuda Dahulu untuk Menangkap Penunggangnya, Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya." Ayat itu bermaksud jika ingin menangkap seorang yang menunggang kuda, memanahkan kuda yang ditunggangnya lebih mudah daripada memanahkan penunggang itu. Jadi, jika ingin menumpaskan satu sindiket pencuri, menangkap ketuanya adalah paling berkesan.
Di China, terdapat satu bidalan yang mempunyai maksud serupa dengan ayat tersebut iaitu memukul ular hendaklah memukul "Qicun"nya. "Qicun" ialah tempat jantung ular. Jika Qicun seekor ular diserang hebat, ular itu pasti akan mati.
Dalam buku "36 Taktik Peperangan", penjelasan mengenai taktik "Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya" ialah menumpaskan kekuatan utama tentera musuh, menangkap panglima atau memusnahkan sistem pemerintahan tentera musuh supaya mereka berada dalam keadaan kelam-kabut. Ini merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menumpaskan musuh. Sebaliknya, jika kita melepaskan peluang untuk menangkap panglima atau menghancurkan kekuatan utama tentera musuh, ini akan melonggarkan masa kepada mereka untuk menyusun strategi semula dan menjadikan kita lebih susah untuk menewaskan musuh. Seterusnya saya akan bagi satu contoh penggunaan taktik "Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya" iaitu satu pertempuran yang benar-benar berlaku dalam sejarah China.
Pada pertengahan abad ke-8 Masihi, Dinasti Tang sedang berada dalam zaman keagungannya. Maharaja Dinasti Tang pada masa itu sangat asyik dengan kehidupan mewah sehingga tidak bersungguh-sungguh untuk mentadbir negara dan tenteranya. Ini telah menjadikan masalah masyarakat lebih serius dan akhirnya berlakunya pemberontakan terhadap kerajaan pusat.
Pada tahun 755 Masihi, An Lushan, seorang pegawai tempatan yang memegang kuasa tentera telah melancarkan rampasan kuasa. Tahun berikutnya, tentera yang diketuai oleh An Lushan telah berjaya menawan kota Chang'an iaitu ibu kota Dinasti Tang dan maharaja tersebut terpaksa melarikan diri dari kota Chang'an. Lalu An Lushan telah memartabatkan diri sebagai raja.
Walau bagaimanapun, pada masa lebih awal dalam perang antara tentera kerajaan dengan pasukan pemberontak, Zhang Xun seorang hulubalang tentera kerajaan yang mempertahankan kota Suiyang pernah berjaya menewaskan serangan pasukan pemberontak dengan menggunakan taktik "Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya".
Tatkala, seorang pemimpin pasukan pemberontak yang bernama Yin Ziqi telah mengetuai 100 ribu orang gerila untuk menyerang kota Suiyang. Akan tetapi, tentera yang mempertahankan kota itu hanya beberapa ribu orang sahaja. Pasukan pemberontak yang mengepung kota Suiyang dan melancarkan lebih 20 kali serangan terhadap kota itu. Namun serangan tersebut semuanya telah ditangkis oleh tentera kerajaan dengan sistem pertahanan yang kukuh.
Memandangkan jumlah askar tentera yang diketuainya jauh lebih kurang daripada pasukan pemberontak, maka Zhang Xun telah menggunakan taktik "Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya" dalam satu pertempuran dan cuba membunuh pemimpin pasukan pemberontak, Yin Ziqi. Akan tetapi, yang menjadi masalah ialah tidak ada seorang pun dalam kota Suiyang mengenali Yin Ziqi. Jadi, Zhang Xun telah mengarahkan askarnya membuat anak panah dengan menggunakan kayu dan melepaskan anak panah itu kepada pasukan musuh. Banyak orang anggota pasukan pemberontak yang dipanahnya mendapati bahawa mereka tidak tercedera dan anak panah itu diperbuat daripada kayu. Mereka menganggap bahawa tentera yang menahan kota Suiyang telah habis anak panah dan berebut-rebut melaporkan khabar itu kepada Yin Ziqi. Denga cara itulah, Zhang Xun telah mengenali siapakah Yin Ziqi dan segera mengarahkan askarnya melepaskan anak panah yang betul kepada Yin Ziqi dan menyebabkannya terjatuh daripada kudanya kerana cedera kena panah. Ini telah menyebabkan pasukan pemberontak hilang semangat berjuang dan berada dalam keadaan kelam-kabut. Dengan begitu, Zhang Xun telah mengetuai tenteranya mencapai kemenangan besar dalam pertempuran tersebut.
Dalam penggunaan taktik "Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya", yang paling penting ialah kita mesti mencari cara untuk menyebabkan ketua pihak musuh yang biasanya dilindungi dengan rapi terdedah di barisan paling depan bagi memudahkan tindakan kita untuk menangkapnya.
----Puspa
|