v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Album Kumpulan Yinguoxiongdi, "Bolehkah Kita Hidup Bersama Sepanjang Hayat Ini"

2007-11-27 18:51:36 CRI

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Bulan Tinggi". Dikatakan bahawa lagu ini telah diilhamkan daripada sebuah cerita cinta benar. Dengan lirik yang ringkas dan penuh dengan kepiluan, permainan alat muzik sampingan yang bercirikan China serta suara nyanyian Yinguoxiongdi yang merdu, lagu ini telah membuatkan para pendengar berasa terharu sehingga menitiskan air mata.

Kumpulan penyanyi Yinguoxiongdi terdiri daripada dua orang adik-beradik. Abang iaitu Feng Yin ialah pemain gitar merangkap penyanyi. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam jurusan pengurusan perniagaan dan ekonomi. Adiknya iaitu Feng Guo yang tamat daripada Konservatori Muzik Qilu ialah pemain gitar merangkap penyanyi dan penerbit. Kedua-dua adik-beradik tersebut dilahirkan dalam sebuah keluarga opera. Walaupun cita-cita asal mereka adalah berlainan, tetapi akhirnya mereka telah mencapai persepakatan untuk mengejar kerjaya mereka dalam bidang seni muzik. Akan tetapi, perjalanan mereka untuk mengejar cita-cita itu penuh dengan liku-liku. Berkat kesabaran dan ketabahan, kedua-dua adik-beradik itu telah mengatasi segala kesukaran dan mula menceburi arena seni suara setelah menyanyi di pub selama 5 tahun.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu utama album pertama Yinguoxiongdi yang bertajuk "Bolehkah Kita Hidup Bersama Sepanjang Hayat Ini". Dengan irama dan lirik yang sederhana, lagu yang mencerminkan fahaman baru Yinguoxiongdi terhadap cinta ini telah mendapat gema kuat daripada para pendengar.

Album "Bolehkah Kita Hidup Bersama Sepanjang Hayat Ini" mengandungi 10 buah lagu. Antaranya, 8 buah dicipta oleh Yinguoxiongdi sendiri, dan 2 buah yang lain merupakan lagu yang dinyanyikan semula. Keistimewaan terbesarnya ialah setiap lagu dalam album itu telah diilhamkan daripada sebuah cerita benar. Dengan ciri-ciri mesra pendengar ini, album itu amat digemari oleh para peminatnya.

Lagu "Datanglah, Tahun 2008" yang saudara nikmati sekarang ialah sebuah lagu ciptaan Yinguoxiongdi yang khusus untuk Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Dengan irama yang berenatak rancak, lagu ini telah menggambarkan pandangan golongan muda-mudi terhadap Sukan Olimpik itu.

Dengan teknik kawalan suaranya yang mantap serta bakatnya yang hebat dalam bidang penciptaan lagu, kumpulan penyanyi Yinguoxiongdi telah memikat hati ramai peminat. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita sama-sama menikmati sebuah lagu yang dinyanyikan semula oleh Yinguoxiongdi iaitu "Masa Kanak-Kanak". Lagu klasik ini dicipta oleh pemuzik terkenal dari Taiwan China iaitu Luo Da You pada tahuun 1980-an.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Bulan Tinggi"

II "Bolehkah Kita Hidup Bersama Sepanjang Hayat Ini"

III "Datanglah, Tahun 2008"

IV "Masa Kanak-Kanak"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |