v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Putih Tulen" dan beberapa lagu yang lain

2007-12-04 14:58:35 CRI

Kumpulan "Houshe'nansheng" adalah sebuah kumpulan penyanyi yang terkenal dengan "tiruan persembahan penyanyi yang lain" di internet. Kumpulan itu terdiri dari 2 orang, iaitu Huang Yixin dan Wei Wei daripada Institut Seni Lukis Guangzhou. Mereka mengadakan persembahan dengan meniru gerak-geri mulut penyanyi lain ditambah lagi air muka secara membesar-besarkan dan membuat MV untuk disiarkan di internet. Persembahan mereka yang sangat lucu itu telah membalikkan pandangan umum tradisional tentang imej mahasiswa dan kebudayaan di kampus dan menumpukan perhatian umum di universiti dan golongan pengguna internet. Dengan sokongan pengguna internet yang besar, kumpulan itu telah menandatangani kontrak dengan Syarikat Piringan Hitam Taihemaitian Beijing, dan menjadi penyanyi sejati.

Selepas latihan dan persiapan selama setahun, kumpulan "Houshe'nansheng" telah mengeluarkan lagu pertama mereka "O Yi O Yi Ya". Lagu itu berendak rancak dan penuh dengan perasaan yang sihat dan optimis. Dengan air muka dan gerak-geri yang lucu serta tarian yang dinamik, lagu itu penuh dengan keghairahan. Marilah kita sama-sama menikmati lagu itu.

Mula tahun 2004, Stesen TV Hunan telah berturut-turut mengadakan uji bakat "Supergirl" selama 3 tahun yang disertai oleh gadis-gadis yang suka menyanyi. Li Yuchun adalah salah seorang daripada mereka. Beliau mempunyai watak macam lelaki yang tampan dan suara mezosoprano yang merdu. Tariannya bercorak Latin yang disembahkannya telah menarik perhatian para penonton. Selepas merebut johan dalam uji bakat "Supergirl" ke-2, beliau menandatangani kontrak dengan Syarikat Piring Hitam Taihemaitian Beijing dan telah menerbitkan album pertamanya "Permaisuri dan Imipan". Gaya lagu dalam album itu bermacam-macam antaranya lagu Flamenco, Latin, Rock & Roll, cinta dan lain-lain. Silalah, saudara sama-sama menikmati lagu "Tarian", yang gaya Latin.

Lagu yang bernama "Tarian" itu ialah lagu utama edisi bahasa Mandarin Filem Hollywood, "Dirty Dancing: Havana Nights". Teknik tarian Latin Li Yuchun telah menjadi sangat mahir. Dalam MV lagu itu, tarian yang mahir, rancak dan seksi telah memikat peminatnya.

Setelah mendengar lagu "Tarian" yang penuh dinamik, seterusnya, kita akan menikmati lagu cinta "Hujan" yang mengutarakan emosi Li Yuchun yang halus sebagai gadis.

Kugiran "Bom Kek" merupakan salah sebuah kugiran rock & roll yang paling aktif dalam kalangan penyanyi pop China pada masa ini. Anggota kugiran itu adalah siswa dari Fakulti Muzik Moden Konservatori Muzik Tianjin China. Sejak kugiran itu didirikan pada tahun 2003, mereka telah membentuk gaya istimewa sendiri dalam kalangan penyanyi pop China dengan imej dan watak yang remaja, optimis, manis dan kartum. Mereka telah menciptakan lagu-lagu yang gayanya baru dan liriknya lucu. Lagu-lagu mereka telah mencerminkan pandangan pemuda-pemudi pada masa ini, maka mendapat sambutan baik dalam kalangan pemuda.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama menikmati lagu baru kugiran "Bom Kek" yang bertajuk "Putih Tulen". Campuran suara penyanyi utama Xiaocui yang merdu dengan suara gitar telah menggambarkan warna putih yang tulen dalam kenangan setiap orang.

 

 

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "O Yi O Yi Ya"

II "Tarian"

III "Hujan"

IV "Putih Tulen"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |