v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Panji Merah yang Paling Indah

2007-12-06 10:48:18 CRI

Baru-baru ini, penyanyi soprano angkatan tentera terkenal China, Li Danyang telah melancarkan album terbarunya yang bertajuk "Panji Merah yang Paling Indah" di Beijing. Album tersebut merupakan satu album khas yang memuat 14 buah lagu angkatan tentera yang telah menyampaikan rasa sayang penyanyi terhadap kehidupan tentera dan teman seperjuangan bahkan menyampaikan salam yang tulus ikhlas terhadap Parti Komunis China, tanah air dan Tentera Pembebasan Rakyat China. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan Li Danyang dan lagu nyanyiannya kepada saudara.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan lagu utama album itu yang diberi tajuk "Panji Merah yang Paling Indah". Lagu ini dicipta oleh pemuzik Yu Zi dan Hu Xudong khusus untuk Li Danyang dan telah menyanjung tinggi panji Tentera Pembebasan Rakyat China.

Li Danyang dilahirkan di provinsi Sichuan di bahagian barat daya China dan mempunyai suara yang merdu dan wajah yang jelita. Beliau menggemari menyanyikan lagu sejak kecil dan juga mendapat pujian yang meluas. Pada tahun 1986, Li Danyang tamat dari jurusan muzik Universiti Normal Barat Daya China dan diterima oleh Rombongan Nyanyian dan Tarian Chongqing sebagai pemain solo. Pada tahun 1989, Li Danyang menjadi siswazah lanjutan Konservatori Muzik China, berguru pada pendidik muzik terkenal China, profesor Jin Tielin, melanjutkan pelajaran, lalu menjadi pemain solo dalam Rombongan Nyanyian dan Tarian Kor Artileri Kedua Tentera Pembebasan Rakyat China. Beliau juga menjadi seorang penyanyi yang diminati oleh askar tentera dan rakyat awam.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Salam terhadap Askar" yang mengutarakan kehormatan mulia terhadap askar tentera China dan juga menyanjung tinggi semangat mereka yang memberi sumbangan.

Sejak tahun 1990-an, Li Danyang telah kerap kali memperoleh anugerah dalam pelbagai pertandingan seni suara China. Beliau juga melawat Jepun, A.S., Australia, Pakistan, Filipina dan diminati oleh ramai penonton negara asing.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan "Bertanding Menyanyi". yang menggambarkan pemandangan gembira askar tentera yang bertanding menyanyi semasa matahari terbenam.

Lagu yang saudara nikmati sekarang diberi tajuk "Menyampaikan Salam kepada Askar di Sempadan".

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu nyanyian Li Danyang yang diberi tajuk "Lagu Tentera".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |