Selepas album pertama "SOLO" yang dikeluarkan pada tahun 2003, Saya Chang tidak mengeluarkan album lagi. Namun, beliau tidak pernah menghentikan usahanya dalam kesenian. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Saya Chang telah melakon dalam beberapa drama TV seperti "Ribut Cinta—Indah 99", "Curi Hati II", "Cerita Peridik" dan lain-lain, dan merebut Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Loceng Emas Taiwan dengan melakon sebagai orang pekak dalam drama TV "Terkenal Seluruh Dunia". Meskipun beliau mencapai kejayaan besar dalam usaha pelakonan, tetapi bagi Saya Chang, itu cuma percubaan dalam bidang yang lain. Hanya menyanyi adalah hal yang paling diminatinya. Maka, pada penghujung tahun 2005, beliau mengeluarkan album keduanya "Lagu Merindukanmu".
Yang saudara nikmati sekarang ialah lagu utama dalam album itu, "Lagu Merindukanmu". Ini lagu tema edisi bahasa Mandarin Filem Jepun "NANA". Lagu ini adalah lagu yang mengutarakan perasaan mendalam. Nyanyian Saya Chang yang penuh perasaan telah memberi daya hidup kepada lagu itu.
Lagu-lagu album itu dipilih oleh Saya Chang dengan sangat teliti, dan gayanya berbagai-bagai. Ada lagu cinta, lagu tarian, lagu Gaya Punk, lagu Hip Hop Klasik, lagu R&B dan lain-lain. Dalam setiap lagu Saya Chang telah menggunakan suara yang berbeza dan memperlihatkan kemahirannya. Berikutnya, kita sama-sama menikmati lagu "Cuaca Membuat Cinta Aneh".
Dalam lagunya, Saya Chang menyanyi bahawa "Saya mengucapkan bye bye pada musim gugur, tahukah cintamu menyetihkan saya,. Cuaca menjadi sejuk, saya terpaksa meninggalkanmu. Cuaca membuat cinta aneh."
Seterusnya, kita sama-sama menikmati lagu yang namanya "Kamu Selalu Ada di Sini" yang menceritakan rasa cinta.
Pada akhirnya, silalah saudara menikmati lagu "Don't Say Goodbye". Dengan iringan suara gitar, Saya Chang telah meluahkan perasaan putus akal dalam asmara dengan suara ringan.
Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini
I "Lagu Merindukanmu"
II "Cuaca Membuat Cinta Aneh"
III "Kamu Selalu Ada di Sini"
IV "Don't Say Goodbye"
|