 Musim Persembahan Tarian Antarabangsa Beijing Ke-5 yang sedang diadakan telah mengumpulkan drama tarian China dan pelbagai tempat di dunia yang amat baik. Program yang seronok telah menarik ramai pelancong Beijing. Dalam ruangan kali ini, kami akan perkenalkan keadaan terperinci.
Kali ini merupakan kali kelima untuk mengadakan Musim Persembahan Tarian Antarabangsa Beijing. Pada malam 15 November lalu, drama tarian asal Tibet "Misteri Tibet" telah dipersembahkan di Panggung Poly dan menandakan Musim Persembahan Tarian Antarabangsa Beijing tahun ini bermula.
Sekarang saudara dengar ialah rama tarian asal Tibet China "Misteri Tibet".
"Misteri Tibet" menetapkan apa-apa yang disaksi dan didengar oleh seorang nenek etnik tibet dalam perjalanan ke tempat suci sebagai jalan utama drama tersebut dan mempamerkan kehidupan penduduk etnik tibet, kesenian rakata, adat resam dan upacara agama etnik Tibet. Lagu dan tarian dalam drama "Misteri Tibet" tersebut berusaha memelihara asal Tibet.
Rombongan persembahan "Misteri Tibet" merupakan rombongan rakyat. Kecuali Penari China, Yang Liping, semua pelakon ialah penternak dan penghibur rakyat dari kawasan Tibet. Persembahan mereka amat dialu-alukan oleh penonton.
Yang Liping merupakan pencipta utama "Misteri Tibet" dan mengtuai tarian serta menari secara solo. Ketika menerima wawancara, Yang Liping berkata bahawa beliau suka akan tarian rakyat kebangsaan, suka akan tarian etnik Tibet:
"Persembahan kami memandangkan pementasan sebagai ladang. Beberapa tarian dan lagu tersebut berdasarkan kehidupan dan penciptaan manusia bagi alam dan hayat."

Persembahan drama tarian asal Tibet "Misteri Tibet" juga mempunyai kelucuan dan mencampur idea para seniman. Seperti Tarian Yak dalam drama tarian asal Tibet "Misteri Tibet" telah diberi keistimewaan moden. "Para Yak" bukan sahaja boleh berdiri, tetapi juga menari tarian yang moden.
1 2
|