v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sekumpulan Lagu-lagu untuk Hari Krismas

2007-12-25 12:17:52 CRI

Lagu pertama yang akan dihitangkan kepada saudara ialah lagu "Merry Christmas" yang dinyanyi oleh Kumpulan Penyanyi Santo. Lagu itu ialah lagu tradisional Britain, iramanya lincah dan cepat, penuh dengan perasaan senang tentang hari raya. Kumpulan Penyanyi Santo terdiri daripada 7 orang gadis China. Mereka tamat dari Institut Kesenian Nanjing China. Gadis-gadis tersebut bukan sahaja sangat manis mukanya, tetapi juga sangat merdu suaranya. Dalam lagu "Merry Christmas" itu, nyanyian kumpulannya sangat suci seperti suara malaikat. Dalam lagu itu, mereka menyanyi bahawa "Selamat Hari Krimas, dan Selamat Tahun Baru! Silalah beri saya kui, putin. Saya akan memberitahu maklumat yang menyenangkan. Selamat Hari Krismas, dan Selamat Tahun Baru!"

Orang Barat menganggap warna merah, hijau dan putih sebagai warna Hari Krismas. Pada Hari Krismas, setiap keluarga akan menghiasi rumah dengan warna Hari Krismas. Warna merah ialah bunga dan linin Hari Krismas. Warna hijau ialah pokok hijau, lambang panjang umur. Dan di pokok Hari Krismas akan dihiasi dengan barang hiasan untuk meningkatkan suasana kesenangan. Pada malam Hari Krismas, orang akan menyanyi dan menari di keliling pokok Hari Krismas. Santa Claus akan memakai baju merah putih. Beliau merupakan orang yang paling disambut pada Hari Krismas. Anak-anak akan menempatkan sebuah kaus kaki dan menunggu Santa Claus untuk memasukkan oleh-oleh ke dalam kaus kaki itu semasa mereka tidur. Seterusnya, kita sama-sama menikmati lagu "Malam Hari Krismas" yang dinyanyi oleh penyanyi lelaki China, Yang Kun.

Pada belasan tahun lalu, Hari Krismas tidak dikenal bagi orang China. Seiring dengan popularnya budaya Barat, semakin banyak orang China berminat kepada hari raya Barat. Sekarang, ramai belia akan mengadakan pelbagai jenis pesta pada malam sebelum Hari Krismas. Orang China sangat suka untuk merayakan Hari Krismas dengan cara Barat.

Yang saudara menikmati sekarang ialah lagu "Datanglah Santa Claus" yang dinyanyi oleh penyanyi perempuan China, Chen Lin. Lagu itu melukiskan kesenangan orang pada Hari Krismas.

Menjelang Hari Krismas. Banyak hotel di Bandar-bandar di China akan disediakan pokok Hari Krismas. Kehidupan juga penuh dengan suasana hari raya. Pelbagai kedai juga menyediakan barang hiasan dan oleh-oleh Hari Krismas. Para penjual juga memakai topi merah dan menyamar sebagai Santa Claus, dan memberi oleh-oleh kecil kepada pelanggan. Berikutnya, kita akan mendengar lagu "Malam Sebelum Hari Krismas" yang dinyanyi oleh Kugiran Hua'er yang terdiri daripada 3 orang anak lelaki.

"Jingle Bell" ialah lagu yang sangat popular di China. Pada akhirnya, silalah saudara menikmati lagu "Jingle Bell" yang dinyanyi oleh Kumpulan Penyanyi Itik Hitam yang terdiri daripada 3 orang gadis. Suara mereka sangat jernih dan merdu.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Merry Christmas"

II "Malam Hari Krismas"

III "Datanglah Santa Claus"

IV "Malam Sebelum Hari Krismas"

V "Jingle Bell"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |