Dalam alam semesta yang luas, manusia di Bumi sentiasa ingin mengetahui Bulan dan juga melahirkan banyak impian terhadap sinar bulan. Dalam ruangan hari ini, saya akan hidangkan beberapa muzik yang berkenaan dengan bulan.
Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati "Sinar Bulan" yang digubah oleh Claude Debussy, penggubah dan pemuzik terkenal Perancis. Gaya muziknya hampir sama dengan lukisan Impresionis. "Sinar Bulan" merupakan salah satu muzik yang paling popular antara banyak karya penggubahan beliau.
Bulan sentiasa berhubungan erat dengan kehidupan manusia sejak zaman dahulu kala. Manusia menganggap bulan merupakan hasil penciptaan Tuhan dan penjelmaan keindahan. Maka, ramai pemuzik terkenal telah menggunakan muzik dan mengutarakan perasaan mereka terhadap bulan. Berikutnya, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Bulan di Bandar Mundur" yang digubah oleh pemuzik yang juga pemain piano Jepun, Taki Rentarou. Penggubah itu masih muda telah meninggal dunia. Namun, karya penggubahannya telah menjadi popular dalam pelbagai kalangan Jepun. "Bulan di Bandar Mundur" ini merupakan karyanya yang paling popular. Lagu ini telah mengenang kembali pemandangan semasa pengumpulan dengan anak anggota keluarga dan angkat kelas terhadap bulan. Lagu ini juga diminati oleh ramai peminat muzik dan juga disadur dengan pelbagai edisi.
Berikutnya, silalah nikmati "Sonata Sinar Bulan" yang digubah oleh pemuzik terkenal Jerman, Ludwig Van Beethoven. Lagu ini digubah pada tahun 1801. Terdapat sebuah legenda tentang proses penggubahan lagu itu. Pada suatu malam musim gugur, Beethoven berjalan ke tepi pantai Rhine, mendengar bunyi piano keluar dari satu pondok. Bunyi itu ialah muzik penggubahannya. Memasuki pondok itu, beliau menemui saudara kandung. Adik perempuan adalah buta, tetapi suka memain piano dan juga meminati Beethoven, namun tidak mampu menonton permainannya kerana miskin, hanya dapat belajar diri di pondok itu. Tekad yang guguh adik perempuan itu telah mengharukan Beethoven. Beliau memasuki pondok itu, memain piano tanpa persediaan kepada gadis itu di bawah sinar bulan yang putih. Selepas itu, Beethoven segera berlari ke rumahnya dan menulis "Sonata Sinar Bulan" dengan ingatannya.
Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati "Lagu Sinar Bulan".
|