v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu Nyanyian Penyanyi Muda China, Zu Hai

2007-12-31 14:09:45 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan beberapa lagu nyanyian penyanyi muda China, Zu Hai.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Nasib Baik". Lagu yang gembira dan merdu ini menyampaikan perasaan rakyat memberi salam kepada tanah air agar tanah air mempunyai nasib yang baik pada setiap tahun.

Lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Nasib Baik" yang dinyanyikan oleh Zu Hai. Zu Hai dilahirkan di provinsi Anhui, bahagian timur China pada tahun 1976. Beliau berminat pada muzik sejak kecil. Semasa bersekolah menengah, beliau telah menjadi penyanyi siswa tempatan yang terkenal. Pada tahun 1991, Zu Hai diterima oleh Sekolah Tinggi Koservatori Muzik China dengan hasil yang baik. Tiga tahun selepas itu, beliau menjadi mahasiswi seni suara konservatori itu. Selepas melanjutkan pelajaran selama tujuh tahun, beliau memasuki Rombongan Nyanyian dan Tarian China. Pada tahun 2003, beliau dialihkan ke dalam Rombongan Nyanyian dan Tarian Jabatan Politik Tentera Pembebasan Rakyat China.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan lagu yang paling terkenal Zu Hai iaitu "Untuk Siapa?". Lagu ini memuji semangat askar Tentera Pembebasan Rakyat China melindungi keselamatan nyawa dan harta rakyat jelata.

Suara Zu Hai yang merdu itu bersesuai dengan lagu rakyat China. Dalam nyanyiannya, beliau bukan sahaja memperlihatkan kebolehannya, tetapi juga memperhatikan inovasi cara nyanyian lagu rakyat, bahkan menggabungkan gaya nyanyian lagu rakyat dengan lagu popular, dan juga membentuk gaya nyanyian yang tersendiri. Sekarang, gaya itu telah diakui dan diminati oleh ramai pendengar.

Lagu yang saudara nikmati sekarang diberi tajuk "Keluarga Saya di China" yang mengutarakan salam saudara setanah air di sebarang laut terhadap China.

Sejak melancarkan album pertama pada tahun 1995, Zu Hai telah berturut-turut melancarkan 15 album. Banyak lagu nyanyiannya diminati ramai dan menjadi popular. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Malam Ini Cukup Panjang". Lagu ini telah menyampaikan perasaan gembira rakyat China semasa merayakan hari raya serta pujian dan sayangan mereka terhadap kehidupan yang berbahagi.

Zu Hai tidak pernah menghentikan perkembangan dalam kariernya sebagai seorang penyanyi. Beliau kerap kali menyertai aktiviti Persembahan Malam Gala Tahun Baru China yang dihidangkan oleh Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) dan juga memperoleh banyak anugerah dalam arena lagu China. Sebagai hidangan akhir, silalah nikmati "Lagu Rakyat Bahagia".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |