v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu untuk Tahun Baru

2008-01-01 15:12:47 CRI

Lagu pertama untuk ruangan hari ini ialah lagu "Selamat Tahun Baru" yang dinyanyi oleh kumpulan penyanyi "Shuimunianhua". Lagu itu ialah sebuah lagu yang tenang dan merdu. Lagu itu dinyanyi ikut dengan gitar, dan suara kumpulan "Shuimunianhua" juga penuh perasaan dan mengharukan orang. Dengan lagu ini, kami mengucapkan selamat Tahun Baru kepada saudara dan bersama-sama menyambut ketibaan Tahun Baru 2008.

Hari Tahun Baru merupakan perayaan antarabangsa. Rakyat seluruh dunia akan menyambut dengan gembiranya ketibaan tahun baru. Namun, akibat lokasi yang berbeza, waktu ketibaan tahun baru di pelbagai negara juga berbeza. Negara pulau di benua Oceania, Tonga ialah negara yang pertama memasuki tahun yang baru, manakala Samoa Barat merupakan negara yang terakhir menyambut tahun yang baru. Dan China merupakan negara ke-12 memulakan tahun yang baru. Seterusnya, kita sama-sama menikmati lagu "Bergembira Setiap Tahun" yang dinyanyi oleh kumpulan nyanyian perempuan Hong Kong, "Twins".

Berikutnya, kita akan mendengar lagu yang dinyanyi oleh penyanyi Taiwan China, Marvis Fan. Lagu itu bernama "Lagu Kesihatan". Kami berharap agar anda dapat memelihara kesihatan pada tahun baru.

Hari Tahun Baru ialah perayaan yang meninggalkan tahun yang lama dan menyambut tahun yang baru. Orang China biasanya akan membersihkan rumah atau berkumpul dengan sahabat-sahabat di pub atau di rumah untuk menyambut ketibaan tahun baru. Sekarang kita sama-sama menikmati lagu "Bunga Menyambut Musim Bunga" yang juga dinyanyi oleh kumpulan "Twins".

Pada akhirnya, kita akan mendengar lagu "Harapan" yang dinyanyi bersama-sama oleh sekumpulan penyanyi China yang terkenal. Antaranya, Chen Lin, Yang Kun, Qu Shicong, Mi Zi dan lain-lain. Lagu itu telah menyampaikan harapan rakyat China terhadap kedamaian dunia.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Selamat Tahun Baru"

II "Bergembira Setiap Tahun"

III "Lagu Kesihatan"

IV "Bunga Menyambut Musim Bunga"

V "Harapan"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |