v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ye Fan dan Lagu-lagunya

2008-01-15 18:55:30 CRI

Penyanyi pop Tanah Besar China Ye Fan Meninggal Dunia pada 27 November Tahun 2007, akibat payu dara pada usia 37 tahun. Meninggalnya yang mendadak itu telah mendatangkan kesedihan kepada anggota keluarga, sahabat serta peminatnya. Dalam ruangan hari ini, silalah kita sama-sama menikmati lagu-lagu Ye Fan sebagai peringatan.

Lagu pertama ialah lagu "Mengundang Kamu ke Dalam Impianku". Lagu ini ialah lagu yang khusus diciptakan untuk menyambut pengembalian Hong Kong ke pangkuan Tanah Besar China pada tahun 1997. Lagu itu melukiskan harapan rakyat China tentang pengembalian Hong Kong. lagu itu bercorak kampung-kampung, dan nyanyian Ye Fan penuh dengan perasaan gembira.

Ye Fan menjadi penyanyi lagu profesional di bawah pengajaran dan bantuan gurunya, penggubah muzik terkenal China, Xu Peidong. Pada tahun 1996, Ye Fan dicalonkan oleh Xu Peidong, untuk menyanyi lagu tema drama TV sejarah "Negeri-negeri Dinasti Zhou Timur" yang diperuntukkan oleh stesen TV pusat China. Nyanyian yang istimewa itu segera menarik perhatian ramai penonton malahan tokoh-tokoh profesional dalam bidang seni muzik. Pada tahun 1997, Ye Fan menandatangani kontrak dengan syarikat piringan hitam terbesar di China, iaitu Syarikat Piringan Hitam China dan menjadi penyanyi profesional. Seterusnya, kita sama-sama mendengar lagu "Saya Cinta akan China" yang mencampurkan muzik pop dengan muzik tradisional China. 

Ye Fan pernah menerbitkan 3 buah album dan beberapa lagu. Beliau juga dianugerah beberapa hadiah dalam pelbagai pertandingan nyanyian dan pernah menyertai persembahan dalam malam gembira yang penting di China. Berikutinya, silalah anda sekalian menikmati lagu "Saya Dimiliki China", yang menerangkan perasaan patriotik Ye Fan.

Pada akhirnya, kita akan mendengar lagu "Susah Payah Kehidupan", sebuah lagu dalam drama TV China "Sepanjang Umurku". Lagu itu menceritakan kehidupan yang susah payah dari seorang polis bandar Beijing lama. Nyanyian Ye Fan yang penuh dengan perasaan itu sangat bersesuaian dengan jalan cerita drama TV itu.

Pada tahun 2003, Ye Fan didiagnosis telah menderita payu dara. Beliau tidak menghentikan usaha nyanyiannya. Pada belasan hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau masih menyanyi dalam persembahan. Marilah kita mendengar lagunya untuk memperingati beliau.

Senarai Lagu dalam Ruangan "Rentak Suka Ramai" Kali Ini

I "Mengundang Kamu ke Dalam Impianku"

II "Saya Cinta akan China"

III "Saya Dimiliki China"

IV "Sepanjang Umurku"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |