v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu Pop Tanah Besar China 2007

2008-01-22 09:54:32 CRI

 Pada tahun lalu, sektor muzik pop China telah memperlihatkan kemakmuran. Ramai penyanyi telah membuat persembahan yang baik. Dalam ruangan hari ini, kita sama-sama menikmati lagu-lagu pop Tanah Besar China yang popular pada tahun lalu.

Lagu pertama untuk hari ini ialah lagu utama album "Beg Malaikat" yang dinyanyi oleh penyanyi perempuan Zhao Wei. Irama lagu itu rancak dan bebas. Zhao Wei dengan suara yang jernih dan merdu telah menyatakan perasaan rumit dari seorang gadis setelah mengalami kegagalan kecintaan.

Pada tahun lalu, ramai penyanyi baru di sektor muzik pop Tanah Besar China menerbitkan album. Ding Dang ialah salah satu daripada mereka. Pada 4 tahun lalu, Ding Dang meninggalkan kampung halamannya untuk mencari peluang menyanyi. Beliau rajin belajar nyanyian dan tarian, dan akhirnya beliau menandatangani kontrak dengan Syarikat Piring Hitam Rock Records dan menjadi seorang penyanyi. Beliau telah menerbitkan album pertamanya "Melarikan Diri" yang dikeluarkan bersama oleh beberapa tokoh muzik pop yang terkenal. Lagu utama "Boleh Tidak" telah menduduki tempat terdepan dalam senarai carta lagu pop tahun yang lalu.

Seterusnya, kita akan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Kugiran kafeina. Kugiran itu terdiri daripada 4 orang yang berasal dari China dan Jepun. Lagu ini ialah lagu utama album pertama mereka "Taman Kafeina" yang bertajuk "Maju, Beluncas". lagu ini menggalakkan belia penuh keyakinan dan berani menghadapi kehidupan.

Peng Tan, penyanyi utama kugiran "DA DA" telah ke luar dari kugiran itu dan menerbitkan albumnya "Cerita Remaja". Berbanding dengan masa yang lalu, Peng Tan telah menjadi lebih mahir dalam teknik menyanyi. Sekarang, kita akan menikmati lagu "Cerita Remaja", lagu utama dari album itu. Lagu itu menceritakan kenangannya terhadap masa yang berlalu.

Pada tahun lalu, bukan sahaja penyanyi baru mencapai kejayaan besar, penyanyi yang terkenal juga menyembahkan lagu-lagu yang baik. Xie Xiaodong merupakan salah seorang antara mereka. Beliau menandatangani kontrak dengan syarikat yang baru pada awal tahun lalu, beliau telah menerbitkan album baru "Tiran Dibuka". Sekarang, kita akan mendengar lagu "Malam Itu" dalam album baru itu. Lagu itu diikuti dengan permainan iringan gitar dan dinyanyi dengan suara yang penuh perasaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |