v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu Pop Hong Kong dan Taiwan

2008-01-29 10:03:25 CRI

 Dalam ruangan kali ini, kita sama-sama mengimbas kembali lagu-lagu pop Hong Kong dan Taiwan yang paling popular pada tahun lalu.

Lagu pertama untuk ruangan hari ini ialah lagu yang disembahkan oleh penyanyi terkenal Taiwan, Chang Chen-yue. Selepas meninggalkan sektor seni suara selama 5 tahun, beliau telah kembali dan menerbiktkan album baru pada Julai lalu. Album itu bertajuk "Kerinduan Ialah Penyakit". Chang Chen-yue menumpukan perasaannya dalam 5 tahun itu ke dalam muziknya. Setiap lagu dalam album itu telah mencatat perasaannya yang gembira dan sedih. Silalah kita sama-sama menikmati lagu utama album itu yang juga bertajuk "Kerinduan Ialah Penyakit".

Kugiran "F.I.R" ialah sebuah kugiran dari Taiwan. Kugiran itu terdiri daripada 3 orang, seorang gadis dan 2 orang lelaki. Muzik mereka mempunyai gaya istimewa sendiri dan sudah diminati oleh ramai orang. Pada tahun lalu, mereka menerbitkan album baru. Album itu telah mendapat sambutan baik dari peminatnya. Sekarang, mari kita sama-sama mendengar lagu "Bulan Sabit" dari album baru itu.

Tahun 2007 merupakan tahun paling bererti bagi penyanyi Taiwan, Peter Ho, kerana beliau menerbitkan album baru "Beritahumu", selepas meninggalkan sektor lagu pop pada 7 tahun lalu. Tubuh badannya yang tinggi dan tampan itu telah menarik ramai peminat perempuan. Namun, beliau telah menumpukan perhatiannya pada pelakonan drama TV dan filem. Walaupun beliau telah menjadi bintang drama TV dan filem yang terkenal, tetapi beliau ingin menyanyi lagi. Serentak dengan melakonkan watak drama TV dan filem, beliau menerbitkan album tersebut pada tahun lalu. Sekarang, silalah saudara menikmati lagu, "Beritahumu".

Selepas mendengar lagu-lagu penyanyi muda, kita sama-sama mendengar lagu bintang muzik pop yang terkenal di Hong Kong, Alan Tam. Beliau menjadi terkenal pada tahun 1970-an. Beliau pernah menganggotai kugiran "Wen Na". Bbeliau menerbitkan album pertamanya "Fan Dou Xing" pada tahun 1979, dan menjadi penyanyi pop yang terkenal di Asia Tenggara. Kemudian, beliau menerbitkan banyak album yang popular. Pada Ogos tahun lalu, beliau menerbitkan album terkini, "Orang yang Paling Suka Ketawa". Lagu yang sama tajuk dengan album itu telah mendapat sambutan baik dalam internet. Marilah, kita sama-sama mendengar lagu itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |