v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kampung Halaman Awan Putih

2008-01-31 14:17:16 CRI

Pesta Kesenian Antarabangsa Shanghai merupakan satu-satunya pesta kesenian antarabangsa bersepadu peringkat negara di China dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan China dengan kerajaan Shanghai. Sejak tahun 1999, pesta itu telah berjaya diadakan buat 9 kali. Dalam Pesta Kesenian Antarabangsa Shanghai Ke-9, kumpulan persembahan dari lebih 40 buah negara dan kawasan telah menghidangkan 176 persembahan yang menarik lebih 450 ribu orang penonton. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan satu persembahan dalam pesta tersebut, iaitu konsert paduan suara tanpa iringan yang bertajuk "Kampung Halaman Awan Putih".

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan paduan suara "Sihai" yang dihidangkan oleh kumpulan paduan suara belia etnik Mongol. Lagu ini merupakan salah sebuah lagu tradisional etnik Mongol yang dinyanyikan semasa minum alkohol. Lagu yang merdu ini memperlihatkan watak etnik itu yang terus terang dan optimis.

Kumpulan Paduan Suara Belia Mongolia Dalam ditubuhkan pada tahun 1987 dan merupakan salah sebuah kumpulan yang pandai mengadakan paduan suara tanpa iringan. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, kumpulan itu telah kerap kali memperoleh anugerah dalam pertandingan di dalam dan luar negara. Dalam konsert itu, kumpulan tersebut telah menghidangkan lagu rakyat etnik Mongol dan juga lagu ciptaan yang baik.

Lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Padang Rumput yang Indah Adalah Kampung Halamanku". Pengarah konsert itu adalah Encik Yong Rubu, pemuzik dan pengarah etnik Mongol terkenal China. Dalam tempoh lebih 50 tahun yang lalu, beliau telah menggubah dan menyadurkan banayak karya muzik dengan bentuk yang berlainan, terutamanya lagu rakyat etnik Mongol yang digubah dan disadukannya diminati oleh ramai pendengar. Berikutnya, silalah nikmati lagu yang bertajuk "Empat Musim".

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Pujian terhadap Lapan Ekor Kuda".

Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu rakyat etnik Mongol yang diberi tajuk "Sentiasa Rindu Akanmu" yang dinyanyikan dengan penyanyi "Humai".

"Humai" merupakan salah satu cara nyanyian yang kuno dan aneh dalam etnik Mongol. Penyanyi mampu menyanyikan dua suara dengan serentak melalui cara bersuara yang istimewa. Maka, "Humai" juga dianggap sebagai salah satu bentuk kesenian yang berharga dalam muzik rakyat China. Latihan dan kebolehan nyanyian "Humai" amat sulit. Penyanyi wanita yang mampu menyanyikan lagu dengan cara "Humai" juga amat sedikit. Disebabkan itu, semasa penyanyi wanita "Humai", Wen Li muncul dalam pentas dalam konsert paduan suara itu, beliau segera mendapat tepukan tangan yang gemuruh. Persembahan "Humai" itu juga menjadi salah satu permbahan yang paling diminati.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |