v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bermain Tanglung

2008-02-01 14:17:16 CRI

Kumpulan Paduan Suara Orkestra Etnik-etnik Pusat China merupakan satu-satunya kumpulan paduan suara yang profesional di China. Kumpulan ini menjadi terkenal di arena lagu dengan paduan suara yang bercirikan etnik dan paduan suara yang disadur daripada lagu rakyat pelbagai tempat di China. Sempena hari raya tradisional, iaitu Tahun Baru China, saya secara khusus menghidangkan beberapa lagu yang dinyanyikan mereka. Marilah kita menikmati suasana gembira Tahun Baru China lebih awal dalam irama yang bercirikan bangsa China.

Sebagai hidangan pertama, nikmatilah paduan suara yang disadur daripada lagu rakyat Hebei, bahagian utara China, yang diberi tajuk "Bermain Tanglung". Bermain tanglung merupakan salah satu aktiviti hiburan yang popular di desa utara China sempena Tahun Baru China. Lagu yang gembira ini menggambarkan orang ramai menyaksikan tanglung.

Kumpulan Paduan Suara Orkestra Etnik-etnik Pusat China ditubuhkan pada tahun 1956. Yang menubuhkan kumpulan itu ialah pemuzik terkenal, Li Huanzhi dan pendidik seni suara, Tang Rongmu. Dalam tempoh lebih 50 tahun yang lalu, pemain dalam kumpulan tersebut kerap kali mengunjungi pelbagai tempat China untuk mempelajari lagu rakyat dan seni drama, menguasai bahan muzik rakyat yang melimpah dan membina kebolehan menyanyi lagu rakyat yang asli, juga membentuk gaya persembahan yang istimewa. Banyak lagu rakyat yang dinyanyikan oleh kumpulan itu seperti lagu rakyat Shaanxi, Qinghai, Hebei, Yunnan dan Hunan telah memberi kesan yang mendalam kepada pendengar. Sekarang marilah kita nikmati lagu rakyat Hunan yang diberi tajuk "Senandung Bekerja Pendayung Lishui".

Lishui merupakan salah sebuah sungai yang terletak di bahagian barat laut provinsi Hunan. Lagu yang bertajuk "Senandung Bekerja Pendayung Lishui" ini menjadi popular di kawasan perairan sungai Lishui. Senandung itu memperlihatkan kehidupan pendayung yang selalu cemas kerana ribut serta sifat mereka yang optimis dan gigih.

Muzik yang saudara nikmati tadi bertajuk "Senandung Bekerja Pendayung Lishui". Suara Kumpulan Paduan Suara Orkestra Etnik-etnik Pusat China yang mendayu itu memperlihatkan ciri-ciri kampung. Anggota kumpulan tersebut pandai mempersembahkan muzik dan nyanyian di merata-rata tempat di China dengan baik. Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu rakyat Yunnan China yang diberi tajuk "Bukit Chashan". Lagu ini menggambarkan kumpulan gadis memetik daun teh di bukit Chashan pada Tahun Baru China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |