Salam sejahtera, saudara pendengar! Selamat mengikuti ruangan Rentak Suka Ramai kali ini. Saya Anisah, penyiar setia anda. Penyiar Kartiko sudah balik ke kampung halamannya, maka, kali ini, saya menggantikannya untuk memberikan lagu-lagu yang merdu kepada saudara.
Tahun Baru China merupakan Hari Perayaan tradisional bagi rakyat China. Sejak zaman kuno lagi, pada setiap Tahun Baru China, rakyat China akan menyanyi dan menari untuk merayakan hari tersebut. Tahun Baru China 2008 akan datang. Dalam ruangan kali ini, marilah kita menikmati muzik yang merdu dan menikmati suasana yang menggembirakan hati .
Lagu yang saudara dengar tadi ialah "Tahun Baru" yang dinyanyi oleh Kugiran Shouren. Kugiran itu dikenali oleh lapisan muzik Rock China sebagai kugiran Rock yang baru dan paling berpengaruh. Muzik mereka amat beroengaruh dan amat popular. Dalam lagu Tahun Baru ini, penyanyi utama, Dai Qin telah mempamerkan harapan dan impiannya dalam tempoh Tahun Baru melalui nyanyiannya. Dalam lagu ini, dia menyatakan:"Tahun yang baru datang, harapan tidak akan dibawa oleh masa yang lalu. Hari yang baru datang, kami tidak dapat menolak langit biru. Hayat semakin kuat, sayap semakin kuat. Kami terbang, terbang, terbang ke langit biru."
Tahun Baru China merupakan hari pertama dalam kalendar tahun baru China, dan juga dinamakan sebagai "Tahun" dalam kalangan rakyat. Antara hari-hari perayaan tradisional China, Tahun Baru China adalah paling penting bagi rakyat China. Aktiviti perayaan dan adat resam juga berwarna-warni dalam tempoh tersebut. Seitiap keluarga mesti membersihkan rumah untuk menyambut Tahun Baru China. Adat resam tersebut bermakna menyapukan kemiskinan dan kemalangan ke luar rumah dan juga manandakan hasrat rakyat untuk melepaskan bahan yang usang dan menerima benda yang baru. Selepas itu, setiap keluarga mesti mempersiap barang-barang untuk merayakan hari tersebut. Dalam tempoh sepuluh hari sebelum Tahun Baru China, semua rakyat mula membeli-belah. Antara yang dibeli termasuk ayam, itik, ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain untuk digunakan pada perayaan Tahun Baru China.
Nama lagu yang saudara dengar tadi ialah Happy Hour dinyanyikan oleh Li Yuchun. Melodi lagu yang bersemangat ituboleh membantu saudara agar lupa kepada semua kesedihan dan kerisauan. Marilah kita bersama-sama terus menikmati lagu ini.
Dalam tradisi Perayaan Tahun Baru China, 1 Januari kalendar China merupakan permulaan tahun yang baru. Pada hari itu, orang akan memakai pakaian yang paling cantik untuk melawat saudara-mara dan berharap moga-moga itu membawa bahagia kepada mereka.
Nama lagu tadi ialah Hasrat yang dinyanyikan oleh Hu Yanbin. Lagu ini telah dicampur unsur R&B dan bersemangat kebangsaan. Hu Yanbin mempamerkan hasrat Tahun Baru Chinanya melalui suaranya. Dalam lagu ini, Hu Yanbin menyanyi: "Saya berhasrat menangkap bintang dan duduk di bulan, saya berhasrat menyanyi seiring dengan angin. Muzik merupakan kepercayaan saya. Saya ingin terbang, terbang melalui Lautan Pasifik. Saya ingin mengikut mata hari, mencari langit saya!"
Hasrat telah mempamerkan hasrat Hu Yanbin pada tahun yang baru. Apa hasrat saudara? Apakah saudara sedang melukis kehidupan saudara yang indah? Kami berharap semoga semua orang dapat mewujudkan harapan dan impian, melalui hari-hari yang gembira.
Nama lagu tadi ialah Pelancongan Sendiri yang dinyanyikan oleh Joi Tsai dari Singapura. Beliau mempamerkan gaya orang bandar yang moden dan suka akan kehidupan bebas.
Dalam lagu ini, Joi Tsai menyanyi: "saya ialah pelancong, berjalan dengan gembira. Saya ingin mempunyai kehidupan yang istimewa. Cerah dan hujan, semua saya suka akan."
Saudara pendengar, sekianlah rencana hari ini, yang disiarkan oleh Anisah. Kami berharap semoga saudara gembira dan bahagia dalam tahun yang baru.
|